Thursday, April 30, 2009

SAHAM: WOWW!!! Percubaan Berjaya!!



Wowww!!! "untung" 5.8% dalam masa 1 hari!!

Pagi tadi seperti posting yang lepas, aku "beli" saham ni selepas aku lihat ada pergerakan luarbiasa pagi tadi yang mana telah meningkatkan Indek Komposit lebih 16 mata dalam beberapa minit pasaran dibuka..

Aku buat andaian yang pemain cuba untuk menaikkan saham saham yang belum "perform" tapi telah mengalami kejatuhan yang besar seperti Axiata..

Target aku cuma 5% namun ada bonus 0.8% dari target asal dan urusan beli dan jual dalam hari yang sama!!

Jangkaan aku untuk permainan hari ini adalah tepat. Bagaimana pula esok?

SAHAM: Percubaan "Hit and Run"- Update 1

UPDATE 1: 12:20 30 Apr 09 - RM2.05
30 Apr 09
Hari ini aku akan cuba bermain "Hit and Run".

Dalam permainan ni, aku akan uji samada pada ketika ini sesuai atau tidak kita boleh buat untung dalam masa kurang 3 hari!

Pagi tadi aku"beli" axiata dengan harga RM2.08. Kita lihat pergerakan saham ni selewat lewatnya hingga hari Selasa pukul 5 minggu depan.

Target aku dalam permainan ini adalah "untung" 5% dalam kurang 3 hari.

Aku "beli" 1000 unit saham dengan modal RM2080. Jika 5% untung aku bakal "untung" RM104.00...

Dalam pada itu, kita harus ingat berapa jua harga pada penutup hari Selasa depan menentukan "kerugian" jika ada.
Aku akan update harga terkini dari masa ke semasa.

Tuesday, April 28, 2009

SAHAM: Indek dah nampak mula surut...

Jatuh 16.77 mata @ 4.30pm 28 Apr 09, jumlah dagangan 1.45 Bilion.
Ini kejatuhan hari kedua berturut turut dengan jumlah mata bagi aku agak besar...
Jumlah dagangan pun nampak gaya pun besar gak... semalam 2 Bilion, 1/2 jam sebelum market tutup hari ni pun 1.45 Bilion...

Apa makna semua nih?

Bagi aku... player dah mula jual untuk ambil keuntungan... aku syorkan kalau ada untung tuh jual lee... kalau nak beli lak, tunggu yek... biar harga murah sikit...
Main Saham "open market" nih risiko amat tinggi... hari nih beli saham dengan harapan esok naik.. tapi sebaliknya... itu biasa lee... kalau takut tanggung risiko jangan main... labur jek kat Unit Trust...
Seperti mana dalam posting aku terdahulu... aku dah "jual" Proton dengan harga RM2.78, Axiata RM2.09 dan Sime RM6.50...
Harga terkini.. Proton RM2.72 (harga tertinggi RM3.14), Axiata RM2.04 dan Sime RM6.40
Semua harga dah mula turun dari harga aku jual... sekarang kita akan monitor harga yang baik untuk kita "beli" balik....

AMARAN:
Tujuan aku monitor saham saham terpilih ini adalah untuk kita belajar memahami risiko bermain saham... bukan bertujuan untuk pembelian atau penjualan dibuat... aku tak bertanggung jawab jika ada kerugian akibat keputusan diperoleh dari blog ini..

Aku bukannya seorang pakar yang boleh menentukan turun naik saham... tidak mendapat pengiktirafan dari mana mana institut, bukan sarjana dalam ekonomi yang belajar dari segi fundamental dan teknikal...

Aku cuma pemain biasa yang cuba menguji satu teknik yang dinamakan instinct (the natural tendency to behave in certain way without reasoning or training).
Aku membuat keputusan lebih dari mengikut naluri, seumpama bila masa naluri seorang wanita yang tersesat dalam hutan untuk mencari jalan keluar...
Payah aku nak explain ... tapi cam tuh lee...

Teknik ni aku cuba dalam percubaan percubaan "pembelian" dan "penjualan" saham BSKL.. yang mana kaunter kaunter yang terpilih dan dimonitor hanya DALAM MAYA.. aku langsung tidak memiliki satu pun saham saham yang disebutkan...
Aku cuma ingin menguji samada Teknik ini yang mengabungkan Naluri, sedikit fundamental, teknikal, psikologi manusia boleh mengurangkan risiko kerugian jika bermain "open market".

Aku syorkan korang baca aje apa yang terkandung dalam blog nih... jangan ikut bulat bulat... aku bukan pakar!
Tapi harus diingat, sepakar mana seseorang itu, mereka tidak boleh memberitahu apa akan berlaku esok hari... mereka (pakar pakar itu) hanya boleh membuat ramalan seperti jangkaan cuaca untuk hari hari akan datang yang mana data data diambil dari segi saintifik...
hanya Allah S.W.T yang tahu apa akan terjadi masa depan...

Kalau korang mahukan pulangan yang tinggi (dan risiko yang juga tinggi) dalam permainan saham ni teruskan.... tapi kalau korang lemah semangat, takut tanggung rugi banyak.. aku syorkan korang main Unit Trust untuk jangka masa yang panjang....

Monday, April 27, 2009

Saham: Aaarrggghhhh!!! Paniccc...Paniccc!!!

Jangkaan tersasar jauh....
Aku jangkakan hari ni saham teruskan mementum kenaikan... namun meleset sekali...
Pagi tadi masa dibuka... naik sikit.. sekarang pukul 11:45 pagi... indek menjunam 15.31 mata!!
Alamak... aku dah mula panic... aku rasa pemain saham kat luar tu pun panic gak...
Mungkinkah ini puncak setelah naik 2 minggu nih ?
Mungkinkah esok lusa akan terus jatuh?
Aaarrggghhh!!! malas nak fikir... aku ambil keputusan untuk "jual" saham Axiata dan Sime pada harga RM2.09 dan RM6.50 masing masing...
Rugi RM0.01 dan RM0.15 dari harga Jumaat, tapi aku masih "untung" 11.30% hasil "penjualan" tuh dalam tempoh masa 1 bulan!!
Aku perati lak Volume pagi ni luar biasa... dah 1.2 Bilion jual beli saham... macam player besar nak ambil untung jek...
Aku tak peduli... aku "jual" jek dua saham tuh walaupun ada "untung" sikit... puas hati... kalau lepas nih nak naik lagi... naik lah... aku buat keputusan tunggu dan lihat...
Mungkin kejatuhan nih ada kena mengena dengan Selsema Khinzir sama macam krisis kewangan semasa Selsema Burung tempoh hari...
Usah peduli apa sebabnya... bagi aku, kenaikan ni dah maksimum dengan keadaan ekonomi yang realiti... kena turun gak...
Sempat gak aku semak harga saham Proton... semasa aku jual harganya RM2.78 paling tinggi boleh pergi RM3.20 sekarang dah turun sikit jadi RM2.85... mungkinkah dia boleh turun bawah RM2.78?...
Inilah dinamakan jualan Panic... Panic sebab takut harga saham akan terus menjunam.....

Friday, April 24, 2009

Unit Amanah: Masa sesuai untuk pelaburan tunai


Mari kita bincangkan kejatuhan saham bermula pada Jan 2008 sehingga ke hari ni.

Pada 31 Dec 07, indek komposit 1447.04
Pada 12 Mar 09, indek komposit 839.39
Pada 23 Apr 09, indek komposit 978.64

Dari 31 Dec 07 hingga 12 Mar 09, jatuh 41.99 %
Dari 12 Mar 09 hingga 23 Apr 09, naik 16.60%

Seakan sudah nampak tanda pasaran akan kembali pulih. Memang aku jangkakan akan ada pembetulan teknikal dalam masa terdekat, tapi yang penting sudah nampak riak kecil untuk naikkan pasaran.

Perhatikan Volume urusniaga harian sudah meningkat. Pelabur besar sudah mula memasuki pasaran. Tanda mereka yakin dengan petunjuk aras ketika ini.

Aku amat amat syorkan pada para pelabur untuk melabur dalam unit amanah sekurang kurangnya 3 tahun (jangka sederhana) untuk memperoleh keuntungan. Jangan sesekali melabur untuk jangkamasa yang singkat.. aku takut bukannya untung yang dapat.. rugi pulak nanti.

Kalau masih kurang yakin, labur separuh dahulu dalam dana pertumbuhan (Dana Al Aiman) separuh lagi simpan le kat Tabung Haji ke ASB ke.

Aku cuba dapatkan harga yang terbaik untuk pelabur masuk. Kiraan aku, sekaranglah masanya. Pastikan duit tunai tu adalah duit lebihan, bukannya duit untuk pusing modal perniagaan, duit simpanan untuk kenduri kahwin. Paling haprak pun simpan le RM8,900 untuk kenduri tuh.

Maaf, jika korang nak melabur sebulan dua pas tu nak keluar, aku tak berani.

Bukan kata tak boleh untung, tapi simpan di unit amanah ni untuk jangkamasa panjang, bukan sebulan dua.

Kita lihat balik testimoni client aku yang keluar EPF untuk beli Al Aiman pada 12 Mac 09 dalam posting aku pada 7 Apr 09. Sekarang ni dalam tempoh 1 bulan 12hari, client aku tuh dah untung kasar 6.17% tolak komisen 3%, untung bersih 3.17%.

Bukankah tu dah lebih dari simpan FD kat bank setahun!

Bertindaklah sekarang, kalau ada duit lebih, laburkan dalam Al Aiman, minimum 3 tahun.

Kalau ada EPF, Email kat aku di roslan.asmpabk@gmail.com baki akaun 1 dan tarikh lahir, aku kirakan berapa yang layak.

Boleh potong gaji bulan bulanan, RM50 pun takpe... simpan untuk masa depan.
Bayangkan indek melonjak 1300 mata dari harga sekarang 978. Dah ada kenaikan 32.92%!!
Bertindak sekarang!!

Thursday, April 23, 2009

SAHAM:Sampai mana klci boleh naik nih? (update 2)


dipetik dari biz.thestar.com.my
Update 2: 5:26 pm 24 apr 09
14.04 mata naik dari penutup semalam! dengan volum cecah 2 Billion!!.. peeehhh!!! kaunter yang naik 615, yang rugi 278 jek... wooww!! nampak gayanya rally kenaikan nih berterusan ke hari Isnin nanti?
Update 1: 11.00 am 24 apr 09.
indek naik 10 mata. 400 naik banding 256 jatuh, volume 7420908.
volume tinggi gak nih.. baru tenggahhari... pelabur besar masuk nih. kalau sampai petang indek +ve, Isnin mungkin akan terus naik... apa pun tengok petang nanti.
23 Apr 09
Hebat... hebat...
KLCI teruskan mementum kenaikannya... persoalannya sampai bila nak naik nih?
IMF hari nih berkata ekonomi untuk 2009 -ve...
indek Asia pun dalam aliran menaik...
kalau ikut graf aku cipta tuh... memang nampak terus naik...
lain lee kalau sehari dua nih jatuh bawah 960...
jadual kat bawah tu lak saham Axiata (Telekom Malaysia Internasional) ngan SIME...
"Beli" pun hujung bulan Mar ngan awal bulan Apr... ada lah sikit nampak positif nye...
3/4 hari lepas Axiata tuh negetif figure...
Setakat nih masing masing dah untung 6.4% dan 9.4% dalam masa kurang sebulan!
Eehhmmm.... boleh naik ke lagi nih... ???
Tapi buat masa sekarang nih, aku dalam mood standby jek... tak cadangkan "beli" pada sekarang nih... harga dah mahal dah!!
Ya leee macam beli ayam kat pasar lee... kalau dulu ayam sekilo RM5.00 sekarang nih dah jadi RM5.50... ihssshhh dah mahal tuh... aku tunggu lee kurang sikit... baru aku masuk... biar orang kata kita jual mahal, jangan beli barang mahal..


Monday, April 20, 2009

Saham: AMARAN!! Jangan Sangka Panas Sampai Ke Petang!

Kalau kita tengok cuaca sekarang ni, pagi cerah, tapi bila petang dah hujan...

Macam tu lee jugak main saham nih... jangan sangka kalau dah naik banyak tuh tak reti reti nak turun... macam kita gak... dah penat berlari, mesti nak relax jap... tidur jap... kemudian kalau nak berjalan balik ke.. nak berlari kee... kena rehat jap dulu...

Orang tua selalu berpesan, berhenti makan sebelum kenyang... tapi orang kita kalau makan buffet... makan sampai muntah!!..

Kita lihat fenomena gempa bumi... setiap kali berlaku gempa bumi akan ada lagi gerakan tanah menyusul selepas itu...

Ingat tak lagi kejadian Tsunami dulu... 2/3 hari sebelum kejadian, nelayan senyum sampai ke telinga bila dapat rezeki banyak... ikan tak semena mena banyak.. entah datang dari mana... kemudian musibah melanda... gelombang pertama yang disangka telah berhenti... sampai air surut jauh ke tengah laut... kemudian datang balik gelombang kedua yang jauh lebih jauh memusnahkan harta benda tanpa disedari...(aku terdengar berita di Terengganu orang ramai gembira dapat sotong banyak terdampar ke tepi pantai..tapi aku lak takut bila dengar..)

Anggap lak gelombang kenaikan saham baru baru nih sebagai gelombang pertama... kita harus sedar bahawa kenaikan ini bersifat sementara sahaja... aku lihat banyak aspek luaran yang tidak dapat menyokong kenaikan ini berterusan... di US sendiri... keadaan masih belum stabil... jangan sesekali bersifat tamak.... main saham perlu ada sifat peka kepada alam sekeliling... Masa untuk masuk dan keluar mempengaruhi untung atau rugi pelabur... Jika tak sanggup "monitor" setiap masa perkembangan saham ni... labur aje duit dalam unit amanah!! lebih senang dan tak berisiko tinggi...

Seperti yang aku paparkan dalam jadual di atas, sejak 18 Mac aku perhati saham Proton dan belian dicadangkan.. setelah sebulan,dari harga RM1.50 telah naik RM2.78 dengan % kenaikan sebanyak 85.30%...

Pada aku, saham proton memang amat bernilai untuk beli, namun bagi aku secara peribadi, dengan 85.30% kenaikan dalam sebulan sudah cukup memuaskan hati... aku yakin ianya akan naik lagi selepas ini, tapi aku mengambil sikap cukup dengan pulangan sebanyak itu... kalaupun ianya naik lagi selepas ini, aku tak akan menyesal...

Sementara itu, aku ada juga memerhati saham saham lain seperti SIME .... yang mencadangankan "pembelian" pada 24 Mac dengan harga RM5.85. Kini harga telah meningkat menjadi RM6.45 . Aku sengaja untuk tidak membuat keputusan untuk 'JUAL' saham nih... aku nak tengok prestasinya dalam sebulan dua nih..


Thursday, April 16, 2009

unit trust: Umur Anda 20? TAHNIAH!! Anda jutawan pada umur 50!

aku bukan temberang beb!!
kalo korang jual burger dengan pendapatan RM1,200 sebulan boleh ke korang jadi jutawan...?
kalo korang bekerja sebagai pencuci tandas atau attenden pam minyak atau pekerja kontrak atau tukang angkut sampah pada usia nih dengan pendapatan RM1,000 boleh ke jadi jutawan?
Sebelum korang jawab soalan aku.... cuba korang lihat keliling...
mak ayah kita, makcik pakcik kita, jiran jiran kita, saudara mara kita yang berumur 50 keatas... berapa ramai jadi jutawan?
Kenapa diaorang tak jadi jutawan?
Kenapa korang tak boleh jadi jutawan?

Jawapannya ialah umur korang 20tahun... bukan nak kata umur 30tahun tak boleh mula, tapi lambat sikit lee...

Dalam masa 30 tahun akan datang.. dimana kedudukan kita?... berapa ramai yang dah pencen terpaksa bekerja jadi "JAGA" untuk tampung kewangan keluarga?.. berapa kerat pula yang keliling dunia, buat Haji, Umrah, bila pencen...

Untuk jadi jutawan, kena ada disiplin yang kuat.... pengorbanan kena ada....
Aku tau pada usia macam korang... payah nak nyimpan, maklumlee baru dapat kerja, baru dapat pegang duit... macam macam nak beli... motor lee, handphone lee... belum kira belanja aweks lagi... aku faham... aku pun muda gak dulu...

Kalau korang dari gaji pertama dah start potong sikit buat simpanan... pas tu korang tekad tutup mata... belanja apa yang lebih sahaja.... Memang mentaliti korang seorang JUTAWAN!!

RESEPINYA:
1.) Untuk jadi jutawan pada 30 tahun akan datang, korang diwajibkan potong RM200 SEBULAN dari gaji korang setiap bulan...
Simpan dalam unit trust (aku syorkan dana Al-Aiman, ASM INVESTMENT) yang pulangannya purata diantara 10%-15% setahun!! akhirnya simpanan korang akan menjadi diantara RM455,865 hingga RM1,401,964 !!! (insyallah..)
Tapi dengan syarat akhir tahun, dapat dividen, laburkan balik yek... (kompoun)

2.) Jangan sesekali keluarkan duit tuh!.. jadikan ianya macam potongan EPF korang... umur 55 baru boleh keluar.... INGAT!!! PELABURAN UNIT TRUST ADALAH UNTUK JANGKAPANJANG...

3.) Buat potongan terus dari bank... dengan nih, korang tak sedar yang gaji korang dah dipotong dan yang ada cuma gaji bersih yang boleh dibelanjakan.

4.) Teruskan potongan dari bank (mungkin dari bank berlainan) jika berhenti kerja dan bekerja ngan company lain...

5.) Kalau kakitangan Awam... buat potongan biro ANGKASA... (aku boleh uruskan).. boleh jadi simpanan nih macam simpanan EPF (umur 50 dapat duit sedepuk)... duit pencen dapat lagi... hhhaaaiiiiii untungnya kerja GOMEN!!!

6.) Kalau korang kerja sendiri... buat potongan untung bulanan ala EPF dari jualan korang... (pekerja dan majikan swasta buat potongan 22%) contohnya... untung bulanan RM1,200 potongle 20% jadi RM240... korang adjust lee ikut keuntungan bulanan korang... (TOPIK JUTAWAN PENJAJA KECIL AKAN MENYUSUL KEMUDIAN)

7.) Kalau korang ragu ragu ngan pulangan unit trust nih, korang boleh lihat website FMUTM di http://www.fmutm.com.my/ atau lihat apa kata presiden FMUTM di http://fmutm.com.my/intro_nav3_speeches23.htm

8.) Satu lagi kelebihan labur ngan Dana Al-Aiman, selain pelaburan berlandaskan syariah, korang akan dilindungi takaful sehingga RM200,000 KALAU pelaburan dah lebih... aku syorkan tambah ke Dana Bestari dan Dana Mutiara yang perlindungan keseluruhannya berjumlah RM600,000 !!
(dah lee jadi jutawan... apa apa berlaku dapat lagi perlindungan percuma)

AYOOOHHHHH Jutawan Muda!!!! Mulakan langkah korang....
(yang dah berumur tu... jangan kecik hati... boleh mula simpan tak ada perkataan terlambat... )

Email aku kat roslan.asmpabk@gmail.com kalau korang segan nak tanya kat blog nih..

Tuesday, April 14, 2009

saham: Proton @ 11:46am 14 apr 09


Harga terkini mencapai RM2.37 selepas kenaikan RM0.25 semalam.
Kalau korang tengok volume jual beli... aku jangkakan jumlah jual beli yang tinggi datangnya dari institusi kewangan dan pelabur luar yang mula kembali kepasaran BSKL..
kalau ikut aku lee... kalau tak beli apa apa saham lagi... aku dok diam jek... malas nak kejar harga dah tinggi... mula lee nyesal tak masuk dulu.. masa tu takut nak masuk... takut jatuh lagi... bila market dah naik baru nak beli... harga dah mahal...
Kalau kita semak balik harga belian yang disyorkan dulu (RM1.50).. sekarang dah ada kenaikan sebanyak 58.00% dalam 3 bulan lebih... kemungkinan hari ni indek komposit dalam keadaan positif dan tengok volume pun tak sampai tengahhari nih... bagus gak...
Esok, seperti semua orang maklum... pelancaran Exora... bertambah naik lee saham bila orang ramai yang mula lihat, pegang dan yakin dengan keluaran terbaru nih...
Bulan Julai mula jual di Indon, bulan Dec lak di Thai... Mitsubishi telahpun tandatangan perjanjian untuk dapat hak jualan dan pengedaran Exora ke negara yang tak de proton masuk... pakai logo Mitshubishi... sebagai timbal balik pembelian model Lancer untuk pengantian model Waja oleh Proton.. Orang luar yakin ngan kemampuan syarikat kita... kita masih lagi pandang sebelah mata... saham dah naik 58.00% dalam keadaan gawat nih... kalau labur RM100,000 dah dapat RM58,000 dalam masa 3 bulan lebih... banyak tuh...
PANDANGAN AKU: PEGANG DULU SEHARI DUA NIH

Saturday, April 11, 2009

Unit Trust: kejadian pelik tapi benar

Tengahhari semalam semasa nak jemput anak anak balik sekolah.. tiba tiba seorang lelaki menegur...
"Eh! kau ke yang jualkan unit trust aku dulu?" soal dia..
memang aku nih kalau nak mengingat nama... cukup susah... tapi aku cam aku pernah jualkan unit trust company"P" dia pertengahan tahun lepas..
"ya... yang akaun"P" tu ke?".. jawab aku
"aku dah lama cari kau nih.." balas lelaki tuh menambahkan lagi suspend aku... alamak mati lee aku saham dia rugi hari tuh... detik dalam hati aku..
dia sambung lagi."nah ambik duit nih.." katanya sambil mengeluarkan dua keping not RM50 dari dompet dia..
"ehh... duit apa lak nih... tak payah lah..." aku tolak dengan baik dengan seribu persoalan..
"aku nak ucapkan terima kasih kerana jualkan saham aku tuh... beberapa bulan lepas tuh.. aku jual semua unit trust aku dalam company "P" dan "C".., tapi aku rugi RM55,000 lepas jual semua saham tuh.." ujarnya yang berkerja sebagai kontraktor dan bininya amat berjaya dalam MLM... labur beratus ribu ringgit...
"lepas nih aku simpan jek dalam ASB atau Tabung Haji... selamat sikit.." aku terkelu tak dapat memberikan lagi nasihat kat dia... tapi keputusan dia untuk simpan lebihan duit yang ada dalam ASB satu langkah yang baik.. kerana dia melabur untuk jangka masa yang singkat dan duit tu adalah duit pusingan beli barang pembinaan, bukan duit lebihan..
Tapi aku kesian pulak kat dia bila dia jualkan kesemua unit trust dalam company "P" dan "C" selepas tuh dan rugi RM55,000 !!... aku salahkan consultant dia tak beri nasihat yang betul...

Sebenarnya dia berterima kasih atas nasihat aku untuk mengurangkan kerugian dia "cut loss" satu nasihat simpul mati... kalau silap kira... aku dah buat orang bertambah rugi..
Asal cerita nya begini..

Jun 2008, ketika tu indek BSKL 1,230 mata... kitaorang berkenalan ketika minum teh tarik kat kedai mamak... aku borak ngan dia, aku kata dalam kajian aku, kemungkinan besar indek akan terus turun dengan harga minyak masa tuh mencecah USD 140 per barrel...
Mamat tu lak mula invest hujung 2006 dengan company "P".. semua tahu pada penghujung 2007 merupakan tahun dimana pada hujung tahun tersebut, kebanyakan syarikat unit amanah memperoleh kenaikan harga 20 - 30% dalam masa 1 tahun.
Malangnya, ketika di tahun 2007, consultant dia tak pula menasihatkan untuk penjualan perlu dibuat, akibatnya pada Jun 2008 daripada boleh untung 20% dia mengalami kerugian 10%..
Aku suruh dia buat 2 pilihan:
pilihan 1: puratakan kos dengan penambahan unit
pilihan 2: Jual sebahagian dengan sanggup menanggung kerugian sebanyak 10%, daripada terus rugi kalau indek terus jatuh.. duit tu masukkan dalam money market dan bila market nampak lantunan, boleh beli balik dengan harga yang rendah.. (switching)

Dia memilih pilihan 2 sebab dah tak de duit nak tambah dan aku pun bantu menjual saham dia dengan harapan dia akan masukkan duit tu dalam akaun money market... 3 hari lepas tu.. aku cuba hubungi dia... off handphone dan terus tak dapat dihubungi... ahhh.. nombor tel aku kat tangan dia.. aku pujuk dalam hati..

Beberapa bulan lepas tu.. aku dengar dari kenalan dia... dia gunakan duit tu untuk labur dalam saham skim petrolium... bukan beli saham petrolium di BSKL tapi macam satu skim... aku dah tak ingat skim apa..

masa berganti masa.. indek semakin jatuh sampai ke hari ni masih belum cecah mata 1,230... lega gak sebab aku berjaya kurangkan kerugian dia.. Aku kagum ngan dia kerana boleh menerima kerugian yang bagi aku terlalu besar... namun apa boleh buat... dia pun melabur untuk jangka masa singkat...

Kalau leee dia terus ikut nasihat saya...switching ke money market, beli balik dana al aiman (equity(islamic)/growth& income) bertingkat sedikit demi sedikit.. 30% daripada simpanan money market akan bertukar ke dana Al Aiman ketika indek 984 dan pembelian 30% lagi ketika indek turun 784 mata... dan akhirnya 40% pada 627 mata dengan setiap takuk penurunan sebanyak 20% ...
30% penurunan pertama sepatutnya dibeli pada 8 oktober 2008 dengan harga al aiman RM0.4776 masa tuh indek 970 mata...
hari ni harga al aiman RM0.4805...

memang ambik masa untuk dapat keuntungan balik... tapi kalau jual tanpa dilaburkan semula, tak dapat nak nolong....

Friday, April 10, 2009

saham terkini: paras tertinggi tahun ni dah capai

sekarang pukul 11.50 am 10apr09...
indeks KLCI telahpun mencapai paras tertinggi 936.54 waktu nih berbanding paras tertinggi tahun ni pada 7 Jan 09 - 936.63...
pagi ni dibuka tinggi 925 naik 8 mata dari penutup semalam... kalau mata penutup hari nih lebih dari 925 mata... volume pun besar gak... dah lebih 550 juta .. ini baru tengahhari beb...kemungkinan besar pasaran akan teruskan mementum kenaikan minggu hadapan... sama sama kita perhatikan...

Thursday, April 9, 2009

SAHAM: Membaca lapuran Saham

Meh kita belajar baca lapuran saham dalam paper Utusan hari nih...

KUALA LUMPUR 8 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ekoran momentum belian yang kurang menggalakkan dengan pelabur mengambil untung sementara menantikan pengumuman barisan Kabinet yang baru, kata para peniaga.

Kalau korang tak faham bahasa ekonomi nih... meh aku tukar bahasakan dalam bahasa pasar..

KUALA LUMPUR 8 April - Harga saham jatuh sikit hari nih... tak ramai lak orang yang nak beli... ada lak tu... mana yang beli 2/3 hari lepas... ada untung sikit.. diaorang jual hari nih.. tu yang saham jatuh tuh.. ramai nak jual.. nak beli sikit... "kita orang lepak dulu.. tunggu siapa menteri baru... kalau ngam.. kita orang masuk.. kalau tak... kita orang pakat jual ramai ramai".. kata peniaga kat pasar BSKL tuh...tersengih sengih macam kerang busuk... sambil mengutuk ngutuk seseorang dengan kawan kawan dia di satu sudut....

Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) susut 11.97 mata kepada 907.87 selepas dibuka lima mata lebih rendah pada 914.84 pagi ini. IKKL dijangka menguji paras sokongan dan halangan 910 mata esok, kata seorang peniaga.
Maksudnya:
Pagi tadi, bukak je kedai... 5 mata dah jatuh dah.. bila tutup kedai, jatuh 12 mata dari semalam...
esok tengok lee.. kalau indek jatuh bawah 910, jatuh lagi kuttt....

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 352 berbalas 144 sementara 178 kaunter tidak berubah, 571 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 613.012 juta saham bernilai RM945.836 juta daripada 803.731 juta saham bernilai RM1.22 bilion semalam.

Maksudnya:
Saham semalam yang ruginya 352, yang untung ada 144 jek... 178 saham lagi tak naik.. tak turun.. cam tu jek.. dalam masa tu lak ada 571 saham tak orang nak jual,nak beli ishh isshh isshhh... pas tuh ada 36 kaunter kena gantung.. bukan macam gantung ayam nasi ayam tuh... company tuh ada buat hal lee tuh...
Jumlah jual beli saham lak turun sikit.... sebelum nih 946 juta tapi hari nih 613 juta jek... banyak pelabur duk sembang kat kedai kopi... malas nak niaga...

Tuesday, April 7, 2009

unit trust: jangka untung 3 tahun... tapi hanya SEBULAN!!


Main unit trust ni untuk pelabur yang ingin bermain dalam turun naik pasaran saham tapi tak punyai masa dan tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi...

pulangan dari unit trust nih stabil.. tidak lee terlampau tinggi atau terlampau rugi...

tapi kalau dibandingkan dengan instrument simpanan seperti Saving Account dan FD... ianya jauh lebih berbaloi...


Selalu diingatkan bahawa bermain unit trust nih untuk jangkamasa sederhana panjang dan panjang... pelaburan hendaklah disimpan sekurang kurangnya 3 tahun untuk kita memperoleh keuntungan...

Namun... keadaan semalam berbeza...

Aku sebelum nih selalu tegaskan bahawa harga unit sudah murah... masa untuk beli... ramai gak client aku yang ikut nasihat... lagi ramai gak client aku yang takut nak labur... nak tunggu lagi... apa boleh buat.. aku bagi nasihat jek... keputusan kat tangan korang...

Sekali lagi aku nasihatkan... keluar leee sikit duit EPF korang labur dalam ASM Investment.. Dana Al Aiman... pulangannya bagus.. ada perlindungan TAKAFUL lak percuma!!

Hari ni aku bagi bukti pelaburan dalam unit trust berbaloi... kalau korang tengok slip pembelian client aku tuh... tarikh pembelian 12 mac 09 dengan harga seunit masa tuh RM0.4557... semalam harga seunit meningkat RM0.4774 DENGAN KENAIKAN SEBANYAK 4.76% DALAM MASA SEBULAN!!!!!! atau kalau dikira yield tahunan sebanyak 57.12% wwwoooowww!!!!

Kalau korang sebelum nih rugi melabur dalam unit trust dan korang rasa cuak bermain lagi.. fikir fikirkan..

Untung dan rugi adat melabur.. namun sedikit pengetahuan membezakan untung atau rugi...

cari lee perunding pelaburan yang ada pengetahuan untuk menguruskan dana korang kalau korang tidak mempunyai pengetahuan dengan pergerakan saham... atau korang boleh pula menasihatkan perunding unit amanah korang bila korang ada pengetahuan dan pengalaman...

Dalam kes client aku nih... aku kena tunggu keuntungan mencapai sekurang kurang 10% sebelum aku jual mengikut perjanjian... yang mana kemungkinan besar agak sukar gak dicapai tahun nih... tapi yang penting ini adalah pelaburan jangka panjang yang kurang risiko dan yang pasti client aku telah memperoleh perlindungan TAKAFUL percuma sebanyak RM9655.00 berkuat kuasa 12 mac 10 dengan hanya membuat pelaburan sebanyak RM4,400.00

Monday, April 6, 2009

woowww!!! white body berterusan!!


sekarang pukul 11.36 pagi.. ada setengah jam lagi sessi pagi untuk hari ni (6 apr)...

aku tak sabar sabar nak bagi pandangan...indek naik 17.76 mata.. tak leh tunggu sampai petang nih...

teruja lak aku tengah tengah hari nih.... orang kata berhenti makan bila kenyang.. jangan sampai termuntah!!

Kalau dalam tread aku yang lepas... harga gamuda RM2.23 tapi sekarang RM2.41 ishh isshhh ishhh kecur air liur aku tengok nya... kalau dikira lak harga belian RM1.53 seperti tread yang lepas ... sekarang dah untung 57.52% atau 11.77% kenaikan dari harga 2 hari lepas!!!

GILA BEB!!! tamak pulak dah!!! 3 bulan boleh naik 57.52% ...

kalau rasa dah cukup banyak... lepaskan aje leee... kalau rasa tamak dan confident naik lagi.. pegang dulu... tapi aku rasa kalau nak pegang gak... kena peka sikit... setiap minit kena monitor...


Dalam masa tuh... aku ada gak monitor saham Proton... kalau korang sengeh macam kerang busuk korang sengeh leee... kalau aku... aku beli saham nih... korang cebek lee lepas nih...
seperti yang korang tengok... 18 Mac2009 harga sahamnya RM1.50 sekarang dah RM1.96 dengan kenaikan 30.70%...
dalam keadaan ekonomi yang merudum nih... Syarikat gergaji GM, Honda tumbang... tapi PROTON masih teguh lagi... baru baru nih lak ada berita Proton akan keluarkan kereta elektrik untuk Detroit Electric bagi pasaran US dan Eropah serta Asia... Pehhh Billion Ringgit nilai kontrak tu beb!!.. 15hb nih lak, pelancran Proton Exora... kalau korang nak tau... kat Indon sana tuh market utama dia MPV... Harga proton ni lak murah...

Apa apa pun kita perati pergerakan saham dua tiga hari nih... tapi untuk hari nih... kalau indek jatuh kembali ke paras 913 pada penutup sessi petang nih... petanda gravestone doji telah terhasil dan dijangka pasaran akan bertukar dari Bull ke Bear...
HATI HATI...

Friday, April 3, 2009

Najib PM Baru... KLCI terus naik?

2 Jam dari sekarang Najib secara rasmi menjadi PM Ke-6 Malaysia...
Waktu aku menulis nih.. Bursa belum bukak lagi...
Tapi bila kita perati balik pergerakan indek dalam 3 hari lepas... kita akan tengok 3"White Body" berturut turut!!
Kalau dalam perkiraan aku leee... hari nih... indek akan teruskan mementom kenaikan!!
Semalam aje 20.89 mata naik... indek dah cecah 905.07...
Nampak gaya nye... Pelabur pelabur katMalaysia nih yakin dengan perletakan jawatan Pak Lah dan perlantikan Najib sebagai PM Yang baru seketika nanti... Mereka percaya Najib bakal membawa perubahan kepada ekonomi Malaysia yang dah jauh ketinggalan 5 tahun kebelakangan nih...
Sukar untuk diramalkan sejauh mana momentum kenaikan ini dapat bertahan... faktor sokongan pelabur terhadap kepimpinan baru nih.. dijelaskan dengan kenaikan volume pelabur... yang mana kita boleh lihat 811 juta saham berpindah tangan... dalam perbandingan purata 500 juta sehari..
Aku amat mengharapkan indek jatuh bawah 800 mata untuk dapatkan nilai saham yang terendah... tapi nampak gayanya... lambat lagi lee kut... 2..3 hari nih.. indek mungkin akan menguji paras tertinggi tahun nih 936.63 sebelum penat naik...
Kalau korang semak balik tread aku pada 20 Nov 08, aku ada terangkan tak de sesiapa kat dunia nih yang tau lantai kejatuhan tuh sejauh mana... aku cadangkan pembelian berperingkat..
dalam tread tuh gak... aku cadangkan pembelian 30% dari jumlah pelaburan korang dalam saham gamuda.. masa tuh harga nya RM1.53
Semalam lak harga nya RM2.23... kenaikan RM0.70 atau 45.75% dalam masa 3 bulan 2 minggu! wwwwoooowwww!!!!
Kalau dikira pulangan dalam % tahunan lak... lebih kurang 183% setahun !!
Sekarang korang nampak tak mutiara dalam lumpur yang aku maksudkan????
ini baru ambik kira semalam punya indek...905.07, kalau hari nih naik lagi????
Bertindak lee sekarang... laburleee sedikit dulu!!!