Sunday, June 28, 2009

UNIT TRUST: Perancangan 5 tahun dari sekarang

Fikir sekejap... apa yang kita mahukan 5 tahun akan datang?

Macam macam benda boleh buat kan?

Yang bujang, berhajat nak berkahwin.
Yang menyewa nak ada rumah sendiri.
Yang bermotorsikal nak ada kereta.
Yang berniaga nak besarkan perniagaan

Katakan anda seorang eksekutif muda atau peniaga yang berpendapatan RM2,000
Simpanlah 15% atau RM300 dari pendapatan anda untuk pelaburan unit amanah
Dengan pulangan unit amanah sekitar 12 - 15% setahun, dan dividen yang diperoleh dilaburkan semula,

Diakhir tahun ke5 , pelaburan anda boleh mencapai RM25k - 27k, insyallah.

Sekarang, RM27k sudah berada dalam tangan.

Siapa nak kereta, boleh dapat 1
Siapa nak kahwin, boleh kahwin
Siapa nak tambah, boleh tambah lagi 1

Tapi kalau nak rumah, boleh dapat 4 biji !!!

Macam mane?

Aku bukan orang yang pandai dalam bidang hartanah nih.

Tapi aku pernah beli rumah lelong 40% lebih rendah dari harga pasaran, hujung tahun lepas.

Beli rumah boleh disewa, harga rumah lak semakin lama semakin naik.
Beli kereta, makin lama makin murah
Kahwin lagi satu, makin ramai, makin pening!

Kita beli rumah lelong
perlu ada 10% deposit tunai
27k deposit boleh tangkap lelong rumah 270k
tangkap lee rumah harge 65k
melambak sekarang nih.

Sekarang korang dah ada 4 biji rumah.
Boleh sewakan semua rumah tuh.

Ada satu blog kawan aku, pie2020.com
Dia memang terror pasal hartanah nih...
Dalam posting terbaru,
http://www.pie2020.com/blog/2009/06/23/kaetogori-umum/profit-rm60k-lepas-1-thn/
Member aku nih, beli rumah RM65K... pas tu jual setahun kemudian, untung dia lak RM60K!

Aku rekomen gila korang pergi ke blog member aku nih:
http://www.pie2020.com/blog/

banyak yang boleh kita belajar....

Kalau dalam posting terbaru tuh, member aku tuh boleh profit RM60k SATU RUMAH... KALAU 4 RUMAH??????

Ok lee.... apa pun, semuanya bermula dari hari nih...
simpan le RM300 SEBULAN gaji korang dalam pelaburan unit amanah

simpan dalam ASB terjamin korang dapat 8- 12% setahun
simpan dalam ASM Dana Al Aiman insyallah boleh dapat 12 - 15% setahun purata.

Sebab?

Selain dari dividen tahunan, ada keuntungan dari kenaikan NAV harian.
Ambil peluang ini sekarang, selagi harga saham masih murah.
Aku berani cakap untuk hari nih... kalau korang masuk lambat, harga dah naik...

"Hujung tahun 2009 indek KLCI 1100 mata
Hujung tahun 2010 indek KLCI 1300 mata" ujar S&P
(http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=421104 )

selamat melabur....

Tuesday, June 16, 2009

SAHAM: KLCI kena berehat!!

Terkini(4): 7:40 23jun 09- Indek telah turun dari 1050 mata ke 1045 mata penutup 22 jun 09. Nampak gaya indek akan terus menguji penanda aras kedua pada 1030. Kemungkinan besar pasaran hari ini akan terus menurun. Kalau ada geng yang nak masuk market, tunggu....
Terkini(3): 9:00 19Jun 09- Penutup semalam 1054. support level pertama 1050. jika bertahan mungkin boleh lantun balik tapi bila pecah, suport level kedua 1030.
Terkini(2): 11:40 18 jun 09- Indek komposit meneruskan aliran turun setelah berkurangan 34 mata sejak posting ini dibuat. 1091 - 1057. Jika volume hari ini lebih banyak dari semalam (1.35Billion) ini merupakan hari kedua saham turun dengan volume yang meningkat.. apa terjadi? Tunggu...
Terkini: 10:15am 16jun09- Market jatuh 15 mata dengan volume melebihi 300 juta hanya 1 jam dibuka... kalau sesiapa yang main saham bskl, tentu tentu ada yang dah mula kurang nilainya... bagi pelabur unit trust lak, tak kesah kalau setakat jatuh 15 mata, target jangka panjang akan lebih 400 mata...

16hb Jun 2009

Pendapat aku memang bertentangan dengan sebilangan besar pakar ekonomi.

Bagi aku, KLCI dah sepatutnya berehat sikit setelah penat naik sehingga 30% dari paras terendah tahun ini pada Mac.

12 Mac- 838.39, 12 Jun- 1090.15

Mungkin ramai pelabur marah ngan aku, tapi aku rasakan ianya patut berehat sikit kerana kenaikan yang berlaku TIDAK MENUNJUKKAN KEADAAN EKONOMI SEBENAR.

Berehatlah sebulan dua nih.... sebelum naik balik dalam suku tahun keempat tahun ini.

Turunlah sikit ke paras 900 - 950 mata sebelum naik balik ke paras lebih 1300

Biarlah ianya turun balik 15 - 20% sebelum kita dapat maksimumkan pulangan sehingga lebih 50%

Aku berpendapat biarlah berehat sikit dari naik lepas tuh terus terjun bangunan.....

Jom sembang...

Thursday, June 11, 2009

Unit Trust: Dana Mutiara, mutiara yang terlepas pandang


Dana Mutiara, merupakan salah satu dana syariah yang ditawarkan oleh ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD, pada awal penubuhannya ditumpukan kepada kaum wanita, namun ianya terbuka kepada sesiapa sahaja.

Perbezaan Dana Mutiara berbanding dengan Dana Al Aiman adalah komponen komponen saham yang terkandung didalamnya merupakan kaunter kaunter yang dipercayai boleh memberi pulangan/margin yang lebih tinggi mengikut situasi pasaran semasa.
Manakala Dana Al Aiman bertumpu kepada kaunter kaunter yang berasaskan fundamental atau blue chip yang teguh dan mampu memberi dividen setiap tahun.

Perlindungan Takaful Dana Mutiara mengikut NAV harian, bermakna semakin tinggi nilai NAV semakin tinggi nilai perlindungan, begitu juga sebaliknya.

Disamping itu kelebihan perlindungan takaful Dana Mutiara adalah ianya juga melindungi penyakit kanser pelabur walaupun pelabur sedang menghadapinya. Separuh Nilai perlindungan boleh dikeluarkan untuk kos perubatan dan separuh lagi disimpan untuk kes kematian atau cacat ilat.

Ianya berkuat kuasa setelah genap setahun pelaburan, dan tertakluk pada syarat dan terma.

Kita lihat prestasinya berbanding Dana Al Aiman:

(kita jejak pergerakan harga dana sejak 12 Mac 2009.)

Dana Al Aiman:
harga 10 Jun (RM0.4862) -harga 12 Mac (0.4557) + Agihan (0.0279)/(0.4557) = 12.82%

Dana Mutiara:
harga 10 Jun (RM0.3682) -harga 12 Mac (0.3132)/(0.3132) = 17.56%

Dalam tahun 2005 -2007, semasa indek meningkat, Dana Mutiara sememangnya menjadi pilihan kerana margin kenaikannya yang tinggi, namun pada 2008, kadar peratus kerugian pula yang tinggi.

Mulai sekarang, saya akan menumpukan pula kepada Dana Mutiara kerana pasaran akan mula bergerak naik, Memungkinkan margin keuntungannya yang lebih tinggi dari Dana Al Aiman dalam tempoh 3 tahun.

Saya berterima kasih kepada Zulkarnaien kepada menyedarkan saya kepada kenaikan ini bila beliau bertanyakan kewajaran penjualan Dana Mutiara client beliau telah telah mencecah lebih 15% sejak dilabur Desember lepas (6 bulan), (yeild tahunan: 30%... WOOWWW!!! TAHNIAH)

Sila perhatikan pergerakan Dana Mutiara (berwarna kuning diatas) berbanding Dana Bestari.. nampaknya gap semakin kecil dan kebarangkalian besar tak lama lagi melebihi harga Dana Bestari.

Posting akan datang, kita kupas komponen saham yang terkandung dalam Dana Mutiara ini.

Apa lagi... laburlah sekarang, jangan tunggu!! jangan asyik tengok orang lain raih keuntungan!! bertindak segera... sms kepada aku...013-3025748

bersembanglah dengan aku.

Selamat melabur............





Wednesday, June 3, 2009

saham: tak semua dirancang menjadi kenyataan

Setelah genap 9 hari bekerja, akhirnya indek komposit telah meningkat ke paras 1060 mata seperti dijangka.

Namun, sebaliknya, 2 kaunter pilihan aku tidak menampakkan peningkatan setara dengan kenaikan IK.

Agak mendebarkan juga kerana sehari selepas pembelian (21 Apr) indek telah turun sehingga 1030 dari penutup 1045.. alamak! naluri aku salah ke kali nih?

Pelajaran yang kita peroleh kali ini adalah tidak semua kaunter sama naik dengan kenaikan indek komposit.. elok kita bermain kaunter kaunter yang terkandung dalam 100 kaunter IK untuk mendapatkan impak sebenar kenaikan... yang penting pastikan kaunter yang dipilih itu kaunter syariah!

IK naik 1.44% sepanjang tempoh tersebut berbanding aku "rugi" 3.80%

Agak terkejut gak aku Dana Mutiara naik 1.46% dalam masa yang sama!

(Prestasi Dana Mutiara perlu dinilai dengan perubahan Indek Syariah BSKL, bukannya dengan IK. Lepas nih kita analisa Dana Mutiara lak... nampak Dana nih berpontensi nih!!)

Bermain dengan pasaran terbuka nih, kita mesti sentiasa berwaspada setiap saat, tak boleh alpa... dalam kes nih, aku tak monitor betul betul, aku terlepas pandang signal gravestone doji pada kaunter axiata pada penutup 21 Apr 09. Akibatnya, kaunter tersebut terus rugi!

Jantung kita kena kuat hadapi tekanan, kadang kadang berdegup kencang bila tiba tiba harga saham jatuh menjunam... kalau tak berani... jangan...

Sekali lagi aku ingatkan, kalau tak ada masa, jantung tak cukup kuat, bermainlah dalam unit trust. labur, tidur lah dengan lena, lihat kenaikannya dalam masa 5 tahun ke atas...