Friday, January 29, 2010

Unit Trust: Pembetulan Teknikal sedang berlaku

Kepada sahabat sahabat baru di face book, aku juga adalah ejen bertauliah sebagai perunding unit amanah... Hah!! korang jangan takut lee... aku tak ugut korang masuk unit trust ASM Investment aku... relax lee.

Blog nih aku buat untuk client aku dapatkan info terkini dan juga kepada yang baru berjinak atau nak tau apa itu unit trust.

kat blog nih juga aku bincangkan pendapat aku dalam pergerakan harga saham di BSKL.

Petang tadi aku ada sessi dialog ngan Fund manager ASM Investment, dari situ aku dapat gambaran kasar yang aliran untuk BSKL masih positif dan dijangka akan mencapai sehingga 1340 mata pada tahun ini.

penutup hari ni 1259, 4% (lebih kurang) jatuh dari paras tertinggi direkodkan.

aku nasihatkan kalau nak beli, boleh beli berperingkat sekarang.

kalau jatuh lagi, beli lagi...

Mana mana client aku yang dah dapat profit lebih 15% tahun lepas, aku akan monitor dan akan hubungi sehari dua nih untuk rekomenkan penjualan dibuat...

Jumpa lagi..

Cheers!

Thursday, January 21, 2010

saham: aku tertinggal sesuatu kah?



Nampak macam aku tertinggal sesuatu!

kenapa volume Proton naik mendadak?

Tertinggi dalam masa setahun?

walhal urusniaga bskl hari nih biasa jek?

Atau, ada pengumuman penting yang bakal dibuat?

Seperti Pengambilalihan oleh Syarikat Gergasi?

Atau, Proton beli syarikat GERGASI?

Kalau ikutkan aku, aku tak boleh beli sekarang... dah terlambat...

Tapi mungkin harga akan terus naik?

Rumusan aku: TUNGGU DAN LIHAT.

Tuesday, January 19, 2010

saham: "parking" harga yang benar benar terjadi


Ehhmmmmm..... nampaknya mungkin ada orang terbaca taktik nih dan terus praktik atau kebetulan aje...

Kalau dilihat carta japaness candlestick SIME diatas (terimakasih kepada chartnexus.com) harga pembukaan adalah RM8.30 dan penutup RM8.70 dan harga terendah RM8.30 berbanding harga tertinggi RM9.00

Jika kita praktikkan cara aku "parking" harga sebelum pukul 9.00 pagi... kemungkinan besar aku dapat beli harga SIME pada hari tersebut dengan harga RM8.90...

Tapi mungkin ada seorang mamat nih lagi terror... dia "parking" harga RM8.30 DAN TERUS DAPAT!

Saturday, January 16, 2010

saham: "parking" harga sebelum urusniaga

Letak sesuatu harga beli/jual sebelum waktu urusniaga aku namakan "parking" harga.

Selalu gak aku buat macam ni pada tahun awal 90an dulu. Waktu tu saham BSKL sangat aktif... ramai orang sanggup duduk berjam jam kat broker saham daripada pergi kerja.. sesak yang amat...

masa tu komputer online tak de lagi... kalau nak tau perkembangan harga saham, kena pagi pagi beli paper... masa tuh utusan malaysia pun 2 muka penuh senarai harga saham, nak tepat lagi, kenalah pergi ke tempat broker saham.. namapun pasar... bisingpun macam pasar... bila dah kumpul ramai ramai, kita jadi terdorong untuk membeli beli tengok ramai yang beli... walhal kita langsung tak tau kaunter tuh buat aktiviti apa! Panas hati gak bila dengar pagi beli, petang jual dah dapat untung! kita pun ikut leee.... akhirnya, aku malas nak cerita..

aku lak, memang sibuk le kerja... tak de masa nak monitor.... apa aku buat, setiap pagi aku beli paper sebelum pukul 9, beli buku graf buat japaness candle stick pergerakan KLCI... tak cukup satu muka surat, aku sambung pakai pita pelekat akhirnya 6 bulan pertama, dinding rumah sewa aku penuh ngan graf!

Pukul 8.50 pagi, beberapa minit sebelum waktu urusniaga, (biasanya remiser dah masuk dah) aku call remiser aku, "parking" harga saham beli atau jual... dah confirm, dia akan masuk q.. jadi kita antara yang terawal booking harga tuh...

pernah dengar "force selling/buying"? kalau dah lebih 3 hari, tak bayar penuh harga saham tuh, dia orang akan buat jualan/belian paksa pada awal pagi...

katakan siA beli saham SIME pada harga RM9.20 tiga hari lepas, kononnya nak buat contra...
pas tuh masuk hari ke 3 duit tak cukup nak ambil dan simpan, kalau jual lak harga dah jatuh RM8.98... JAWABNYE hari ke 4 kena jual le dengan berapa harga sekali pun...(kita tak boleh kontrol)..

Ok, kalau ada orang nak beli SIME pagi ke 4 pada harga RM8.90 (WALAUPUN penutup RM8.98) saham si A tu dijual dengan harga RM8.90... kih kih kih KESIAN...

jom kita main beli saham olok olok.... hari jumaat lepas, penutup SIME RM8.98, andaikan kita guna taktik nih... pada setiap hari sehingga kita dapat harga RM8.90... SELAGI tak dapat, tok sah beli!...

kita boleh peratikan walaupun harga buka dan penutup tak dapat capai RM8.90, TAPI KENA INGAT, mungkin ekor bawah (harga menurun akan lepas bawah RM8.90 SEBELUM naik...)

JOM KITA MAIN...

Monday, January 4, 2010

saham: pelabur kembali ke pasaran

hari ini bermulalah hari pertama pada tahun ini urus niaga untuk 2010
harapan semua pelabur agar tahun ini memberi nafas lega untuk ekonomi dunia.
sehingga sessi ditutup tengah hari tadi, jumlah urus niaga tinggi dan akan bertambah menjelang penutupan petang ini. Indek masih tidak bergerak banyak bermain sekitar 2 mata lebih tinggi.

Dalam kesempatan ini aku cuba bermain dengan membuat "pelaburan olok olok" sebanyak RM400 dengan membeli 1,000 UNIT TIMECOM.

Bolehkah kaunter ini peroleh keuntungan dalam masa 7 hari?
Jom kita perhatikan.