Monday, March 29, 2010

SAHAM: OSK Research jangka saham PROTON RM5.90



naik lagi 6.0% atau RM4.80 harga saham Proton pada penutup tengah hari tadi.

Antara yang paling aktif didagangkan hari nih. 17963 lot bertukar tangan, hampir dengan jumlah penutup Jumaat lepas.

Jika kenaikan ini dapat dikekalkan atau lebih tinggi pada penutup hari nih... graf teknikal akan menunjukkan "3 white body" dan harga dijangka terus naik...

Dan OSK Research Optimis dengan kenaikkan sehingga RM5.90...

ditambah lagi dengan jaminan kerajaan untuk tidak menjual ekuiti saham PROTON kepada pelabur luar, hanya kerjasama (dengan VW) untuk menggunakan fasiliti kilang di TM.

sumber:http://www.theedgemalaysia.com/business-news/162504-osk-research-fv-for-proton-at-rm590.html

Friday, March 26, 2010

SAHAM: Terkini- PROTON RM4.53 naik 6.09%

Setakat pukul 3:50 petang, 26 Mac.

Kenaikan dikaitkan dengan cakap cakap akan persetujuan bakal dicapai dalam kerjasama strategik antara PROTON dan VW.

sumber: http://www.theedgemalaysia.com/business-news/162429-proton-gains-on-vw-discussions-.html

Pandangan aku: simpan kalau dah beli... beli kalau nak simpan setahun dua.

SAHAM: Petanda "reversal" untuk GAMUDA


Aku nak sebut pun tak reti... dah lupa lak pa ke nama nye...
tapi kalau perati graf closing Gamuda semalam, ada satu tanda dalam bulatan tu selepas beberapa hari kenaikan.
kalau dalam buku teknikal analysis yang aku baca separuh jalan, maknanya tanda tu harga nak jatuh balik...
pagi nih.. indek KLCI naik.. tapi harga GAMUDA tetap cam semalam.
kita tengok lah petang nih cam ne... betulke harga GAMUDA akan jatuh... volume pagi ni pun ciput...
Berita baik untuk kaunter PROTON, 3 hari kerja dah untung 7.7% setakat hari nih...

Thursday, March 25, 2010

SAHAM: tangkap 2 dari 3 kaunter

Pagi semalam, "parking" 3 kaunter- Proton, Sime dan Gamuda.

Nampaknya hanya Proton dan Gamuda sahaja yang berjaya "dibeli"

Sime yang parking harga RM8.50 harga terendah trading semalam adalah RM8.52.. tak dapat beli... tak pe lah... tak yah kejar kejar...

Gamuda lak, bukak kaunter jek.. menjunam jatuh RM0.10.. tapi nampaknya, pagi nih positif sikit

Proton pada awalnya dibuka lebih tinggi dari harga parking, tapi menjelang petang, harga telah turun kepada harga yang dikehendaki...

Pagi nih nampak gayanya, PROTON naik 1.0 % dan GAMUDA naik 0.7%

Jom.. kita tengok tengok...

Wednesday, March 24, 2010

SAHAM: Cuba menangguk di air keroh


Pagi tadi sempat gak dengar yang saham New York naik.

Aku cuba parking harga sebelum 9 pagi tadi dengan mempertaruhkan 3 kaunter

Proton: sebab semalam jatuh banyak gak.. aku parking RM4.18

Sime: sebab aku rasa bulan March ni kat China dah mula nak panas dah... minyak sawit dah tak beku.. hehehe.. aku parking RM8.50

Gamuda: sebab harga nya menarik, rasa boleh naik sampai RM2.95... aku parking RM2.83

Tengok le nanti petang nanti mana yang dapat beli dan berapa lak untung/rugi...

Jumpa lagi..

Friday, March 19, 2010

SAHAM: tunggu bskl jatuh lagi.. hehehe

Closing 12.30 tgh 19 mac 10, harga TIMECOM RM0.42...

fuhhh... tepat gak kata gerak hati aku,

Kalau aku tamak... mau je tunggu lebih tinggi baru jual...

Tengok kaunter lee...

TIMECOM ni kena main taktik gerila..

masuk keluar kena cepat..

Kita tunggu jatuh lagi bawah RM0.39 baru fikir nak beli ke...

Kalau tak turun gak?

Tok sah beli... tak rugi pun...

Wednesday, March 17, 2010

SAHAM: Dapat pun jual TIMECOM



Dapat gak akhirnya dalam sibuk sibuk tu jual TIMECOM.

Kalau pagi tadi sebelum bursa buka, aku "parking" untuk jual, Market telah naik sampai RM0.45 paras tertinggi.

Penutup RM0.435 bermakna "telah untung" 11.5% dalam masa 5 hari kerja..

banyak tu beb! cukup lee... jangan tamak.

SAHAM: Parking Harga untuk Jual

Arrghhh ... aku tak masa tul sekarang

ada 2 minit je untuk updatekan blog nih..

miss monitor saham TIMECOM 2 hari lepas

BSKL jatuh... TIMECOM steady jek...

aku parking pagi nih jual RM0.43..

Kalau dapat, lebih 7% margin..

Sunday, March 14, 2010

SAHAM: NAIK 6.4% DALAM 2 HARI!


Jumaat, 12 Mac telah menyaksikan indek BSKL menyusut 10.23 mata atau 0.77% dari penutup Khamis.
Namun, walaupun sejak Kaunter TIMECOM dibeli hari Rabu, 10Mac dan hari hari berikutnya pasaran semakin lemah, harga TIMECOM tidak mengikut arus.
Malah jumlah urusniaga turut melonjak keparas tertinggi sejak 40 hari lalu.
Dan, nilai harga telah meningkat dari RM0.39 ke RM0.425 atau 6.4% dalam masa 3 hari bekerja!
Teori aku dalam pemilihan kaunter ini nampaknya ada kebenarannya...
Bersedia untuk jual bila bila masa.

Wednesday, March 10, 2010

SAHAM: Mencari kaunter alternatif



Hari ke 3 indek BSKL melepasi 1,300 mata.

Pagi ni, kaunter PROTON telah meneruskan kenaikan dengan 2% lebih tinggi dari harga penutup.

terkini pada 10.30 pagi, kaunter PROTON diniagakan pada harga RM4.59

jika posting terakhir, saya maklumkan harga pada RM4.43, terus naik dan saya yakin akan terus naik melebihi RM5

tapi, bila harga semakin meningkat sekarang, bukan masa untuk beli... tapi bersedia untuk jual.

Nak Try gak masuk market masa nih?

ehmm... kita cari kaunter yang "belum perform"

ikut kebiasaan, market akan main kaunter yang mewah dan kaunter indek, 2/3 hari kemudian, pelabur akan mula beralih ke kaunter "barisan kedua" yang berharga murah.

Jadi, saya ingin mencuba taktik ini dengan membeli saham TIMECOM dengan harga RM0.39
kaunter ini juga telah dipantau sejak 4 Jan lalu dengan harga RM0.40
Harga masih bermain dalam lingkungan RM0.37 - RM0.43 sejak 6 bulan yang lalu.
Saya ingin menguji samada ianya boleh pecah rintangan RM0.43 dalam masa terdekat.

Monday, March 8, 2010

SAHAM: 11% kenaikan harga saham Proton dalam 34 Hari!!!

Seperti dijangka, Harga saham Proton akan meningkat pada bulan Mac.

Tidak sampai 6 hari selepas pelancaran kereta konsep Hybrid terbaru Proton, Proton EMAS , sahamnya terus melonjak.

Hari ini sahaja dalam masa 1 jam 15 minit dagangan dibuka, telah naik 6.0 % dari harga penutup Jumaat lepas!

Ini secara automatik mengesahkan pendapat aku ketika itu, 2hb Feb, untuk "beli" pada harga RM3.97.

Ketika ini harganya telah meningkat sehingga RM4.43 (setakat 10:15 pagi, 8 Mac 10) dengan margin sebanyak 11.6% dalam masa 34 hari!

Lihat jadual diatas.

Kalau masih simpan saham tersebut sejak 16 jul tahun lepas, tok sah cakap le..

dah untung lebih 60% tak sampai pun setahun!

Masih ragu dengan Proton? Masih suruh Proton tutup kilang?

Fakta tetap fakta..... malangnya ada gak fund manager yang ragu ngan kaunter nih...

ehmmm... entah leee... korang lagi teror...

Tuesday, March 2, 2010

SAHAM: Tarikh penting buat PROTON - 2 Mac 2010


Masih berkisar dengan saham Proton.

Hari ni 2 Mac 2010 hari yang penting buat PROTON.

Kereta Hybrid diperkenal di Geneva International Motor Show, permulaan untuk menakluki dunia.

Tapi, aku rasa hari ini lebih dari itu.

Mungkin kesempatan ini Proton akan mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat pengedar dunia yang lain.

Mungkin juga pengumuman untuk bertapak di India.

Pasaran yang besar dalam dunia permotoran.

Mungkin perlantikan Behara Venkata Rama Subbu (gambar atas, bekas presiden Hundai Motor India) ada kena mengena dengan pelan pengedaran model Proton di India?

Apa pun, hari ini adalah detik perubahan jualan yang % besar domestik kini akan beralih % besar ke pasaran luar.

Tahniah Proton.

Tak berbaloi beli saham Proton?

Terpulang.

Tapi, sejak 10 feb lepas dengan harga seunit RM3.97, pada waktu ini (10:45 pagi) harganya naik ke RM4.05 dengan margin 2% dalam masa 20 hari.

atau, sesiapa yang beli pada 16 Julai tahun lepas, dengan harga RM2.70, dalam masa kurang 7 bulan telah naik 50%!!!