Friday, April 30, 2010

SAHAM: Tiada petunjuk baru

Boring... boring... boring...

tak nampak sangat petunjuk baru... kalau naik sikit sangat... kalau turun sikit sangat...

tunggulee saham jatuh balik...

sebelum tu apa nak buat?

jawabnye... zzzzzzzzzzzzzzzzz... mimpikan Zeti bagi tips!

Wednesday, April 21, 2010

SAHAM: SapuraCrest semakin menarik!

2 minggu nih nampaknya ada pembetulan teknikal.

aku cuba ambil kesempatan ni dengan "Parking" harga sapuraCrest pada RM2.20 dimana semalam harga penutup RM2.26 dengan harapan ianya turun sebanyak 2.65% dlm masa sehari.

Paras RM2.20 terakhir diperoleh pada pertengah Dec 09 dan paras paling tinggi RM2.58 pada 30 Dec 09.

Arah pergerakan -ve berbanding KLCI yang +ve dan volume yang rendah, tidak menarik minat pelabur.

Tapi aku berfikiran lawan arus dengan mengatakan masa inilah kita beli.

Betul atau tidak tekaan aku? kita tengok dan lihat.

Tuesday, April 13, 2010

SAHAM: Minggu pembetulan teknikal

Minggu nih dijangkakan akan berlaku pembetulan teknikal sejak kenaikan beberapa minggu yang lepas....

minggu nih relax dulu... perhati perhati.. kalau kalau ada hint masuk market..

kaunter yang sebelum nih dah beli... biarkan aje... minimum pun dah lebih 6% profit..

nak study sapuracrest lak pas nih....

Wednesday, April 7, 2010

SAHAM: Mencari saham murah yang berpotensi


Terima kasih kepada saudara Mirul atas sudi bersembang ngan aku di facebook.

Satu persoalan dari Mirul,
Saham murah yang mana yang berpotensi?

Jawapannya subjektif.. yang murah biasanya saham tu tak perform, tadak untung bertahun tahun, banyak hutang ngan along....

tapi ada juga yang sahamnya murah, tapi berpotensi tinggi..

contohnya IRIS (0010)
IRIS CORPORATION BERHAD

Harga penutup hari ni- RM0.16
Jumlah dagangan - 293194 (ke 4 tertinggi bertukar tangan hari ni )

Kenapa IRIS?
1. Harganya cuma RM0.16, paras terendah RM0.15 dalam 3 bulan terakhir, paras tertinggi RM0.18 dalam tempoh yang sama
2. Dapat kontrak RM115.2 juta di spain... detail:
http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20100407/tbs-indra-iris-awarded-rm115-2m-prasaran-ceeeaba.html
3. untung bersih sebelum cukai setakat 31 Dec 09 naik 100%! dari RM15.8 juta ke RM30.5 juta! dalam syarikat lain rugi tahun lepas!

serba ringkas kajian atas IRIS....

esok, parking harga RM016... kalau dapat lee...

Monday, April 5, 2010

SAHAM: terlepas peluang!

Eehhmmmm...

Parking harga Proton RM4.55... tapi terendah RM4.60... taksempat turun lagi... dah naik dah...
pagi nih harga RM4.85 HARGA TERTINGGI TERKINI....

apa boleh buat... tak kan nak kejar kut?

Friday, April 2, 2010

SAHAM: Silap Perkiraan!

Aku silap kali ni!!!!

Rupanya tanda yang aku sangka saham Gamuda akan jatuh... rupanya bertambah naik..

Tu laa... tak leh percaya sangat ngan simbol simbol teknikal nih...

TimeCom dah naik gila gila...

Pendapat aku: Jangan kejar sangat TimeCom masa nih... tunggulah dulu..

Proton?.. tak pe... biasalah technical correction.. sok lusa naik lah dia... Peluang untuk tambah stok saham nih...

UPDATE: Proton jatuh RM0.08 setakat pukul 11.30 pagi... aku cuba "Parking" untuk beli pada harga RM4.55..