Thursday, September 16, 2010

SAHAM: Proton dan Sime


Dah 3 bulan masa berlalu sejak "beli" saham Proton dan Sime pada 10 Jun yang lalu.

Sepanjang 3 bulan nih, Proton telah meningkat 8.9 % dan Sime, 6.3%.

Satu perkembangan yang baik memandangkan harga kedua dua saham telah negetif pada sebulan dua pembelian, kini dah positif.

Pada amatan aku, Proton tak de masalah untuk terus naik.

Manakala Sime pula ada sedikit turun naik untuk masa terdekat.

Aku syorkan saham proton pegang dulu, manakala Sime pula jual sebelum musim sejuk... sebab minyak sawit beku.. wakakakaka...

Proton, bakal memperkenalkan model penganti Waja seminggu dua nih dan apa yang aku peratikan... WWooowwww!!! ada peluang salesman Proton cari duit lebih hujung tahun!

Dan awal tahun pula khabarnya dilancarkan pula model Saga dipertingkatkan dengan rupa lampu depan dan belakang yang berbeza serta penambahan alatan baru yang lebih jimat minyak khabarnya...

Bersedia untuk rekod jualan tertinggi baru untuk Proton dan sudah tentu sahamnya turut naik... lihatlah nanti...

Wednesday, August 18, 2010

Unit Trust: Pengantungan 9 Kaunter ASM Investment

Perrgghhh!

Panas tul berita hari ni..

Mulai 1 Sept 2010, hanya 2 dari 4 je Dana Syariah yang boleh berurus niaga melalui pengeluaran KWSP!

2 Dana tersebut adalah, ASM Syariah Dividend Fund dan ASM Syariah Money Market...

Yang mana, kedua dua dana tersebut aku tak pandang langsung!... yang 2 lagi tok sah tanya le... sebab bukan syariah.

Ini bermakna, Dana Al Aiman yang aku dok monitor, tidak boleh lagi diniagakan melalui pengeluaran KWSP, cuma boleh beli cash jek.

Dana Al Aiman digantung sehingga 31 Dec 2010. Tengok le tahun depan gantung lagi ke tak..

Daripada perbualan aku ngan Pegawai ASM Investment, berita ini diketahui Jumaat lepas. Dan dalam kiraan pulangan tahunan kepada pelabur tidak menepati syarat yang ditentukan oleh KSWP....

Tak cam ne kiraan nye pun aku tak tau... nanti le aku attend meeting ngan depa...

Wednesday, July 14, 2010

Saham:What is a PN17 company? Do you sell or buy its shares.


Ada satu artikel yang menarik perhatian aku..

Tentang melabur dalam PN17 company..

Kesimpulannya, sebelum melabur.... selidik dulu financial depa.

lebih baik "cut loss" dari buat "averaging"..

apa benda PN17 tu?

Bacalah sendiri!

Tak tau gak, tanya aku....
nanti aku "transletekan" dalam bahasa pasar.

What is a PN17 company? Do you sell or buy its shares.

Thursday, July 8, 2010

SAHAM: Tempias Kemelesetan Ekonomi Berganda

Jangan tanya aku le apa benda Kemelesetan Ekonomi Berganda tuh..

Aku rasa lah kan, dah le ekonomi meleset, tak sempat naik, terus meleset lagi... gitu lah agaknya...

Apa yang pasti, kesan kat Eropah tu, lambat laun akan berjangkit ke Malaysia.

Walaupun ekonomi Asia keseluruhannya lebih kukuh dari Eropah, sentimen memainkan peranan.

Harga harga saham pilihan aku pun turut jatuh... Proton, Iris dan Sime terus "merah".

Untuk puratakan Iris, aku beli lagi dengan harga RM0.13 hari ni, dari jualan awal, RM0.16

Proton lak terus jatuh nampaknya... Ehmmmm... aku tunggu jatuh sehingga RM4.26 sebelum belian purata dilakukan.

Sime lak, ok.. semakin menuju ke angka "hitam". Tunggu masa je...

Adat le main saham... masa "merah" ni kena banyak sabar.... angin naik satu badan... panas baran je... macam orang pompuan datang bulan... pantang salah sikit mengamuk sakan...

Kalau tengah rugi tuh.... redha je laaaaa

Wednesday, June 30, 2010

SAHAM: Untung saham SIME berkurang, PROTON dah jatuh merah

Harga ketika ni Proton rugi 1.8% dari keuntungan tertinggi sejak aku "beli" lebih 4%

manakala harga SIME juga cuma untung 2.4% dari untung tertinggi lebih 4% minggu lepas.

ni le risiko main saham nih... tak boleh harap dapat untung jek.. tapi aku rasa pegang dulu.. boleh naik balik sebulan dua nih.. insyallah

Wednesday, June 23, 2010

SAHAM: Oooo sekarang baru tau...



Patut le saham Proton naik mendadak selepas pembukaan sessi petang kelmarin... (21 Jun)

Tetiba je volume naik mendadak sampai paras tertinggi 3 bulan...

Fund Manager rupanya dah tau cerita pasai projek masa depan Lotus dan Proton...

Malam tadi (22 Jun) baru le orang ramai tau pasai cerita nih....

Nak Beli? Masa yang terbaik!... semalam harga jatuh RM0.01 walaupun KLCI jatuh 11.85 mata...

Apa cerita Baiknya?

Tengok le kat sini