Perrrgghhh!!!
Setelah seminggu saham Proton meningkat selepas CEO Proton berkata akan umumkan kerjasama ngan VW... yang mana ramai yang menjangkakan berita positif, akhirnya hari ni diumumkan, perjanjian tersebut gagal...
apa boleh buat, saham Proton jatuh 3.81% atau susut RM0.18 kepada RM4.55
Pelbagai cerita boleh diperoleh dari "orang ramai yang rasa lebih pandai dan bercakap seolah lebih cerdik dari pengarah Proton"di blog blog menghentam ketidak jadian perjanjian tersebut...
Kita sebagai pelabur harus ingat, bahawa perjanjian yang sepatutnya berlaku adalah didalam keadaan Proton yang lebih stabil dimasa sukar ini, dengan baru baru ini keuntungan syarikat tersebut naik, bukan sebaliknya.
Proton bukan dalam keadaan rugi, tidak berduit, muflis, tiada daya saing, sehingga sanggup melutut kepada syarikat gergasi untuk "dibeli" bail out segala hutang...
Memang pasaran di Malaysia lebih terarah kepada P2 kerana lebih kepada sentimen Klon Toyota dan Daihatsu lebih hebat dari Proton yang kononnya membazirkan duit rakyat... atau kebanyakkannya pembeli memang memboikot Proton..
Aku yakin pasaran di Malaysia semakin kecil dan tak perlu direbutkan, Proton bakal menjual 70 hingga 80% unit keluar negara berbanding di negara sendiri tak lama lagi... aku yakin.
Akhirnya P2 hanya bakal menjadi jaguh kampung, menang sorak untung Jepun yang dapat...
Aku terlepas beli harga Proton pada RM4.44 selepas pengumuman CEO tersebut. sehingga telah mencecah RM4.74 sebelum menjunam RM4.55 hari ni...
Sebagai pelabur, aku tetap akan beli saham ini, tapi kena tunggu dulu le... aku rasa mungkin jatuh lagi nih....
Aku pun nak maksimumkan keuntungan jugak.. hehehhe...