Wednesday, October 21, 2009

Unit Trust: Tahniah kepada pelabur awal tahun !!

Aku baru balik dari buka kaunter di Perodua.

Setelah sekian lama berehat, aku kembali bertemu rakan rakan pelabur unit trust yang telah melabur melalui aku.

Ramai juga yang datang bertanyakan perkembangan pelaburan mereka.

Alhamdullillah, kesemua merasa senang hati apabila melihat kenaikan pelaburan mereka diantara 9 - 18 % dalam masa 4 hingga 7 bulan pelaburan sahaja !!

Strategi yang aku aturkan untuk mereka nampaknya menjadi. Ada juga diantara rakan rakan pelabur yang menambah pelaburan menerusi potongan gaji selain potongan epf !! Tahniah!!

Kepada para rakan pelabur yang melebihi 15% keuntungan dalam masa kurang 9 bulan ini, aku akan perhatikan dengan lebih teliti kepada akaun akaun ini. Bila masa yang sesuai kelak, aku akan syorkan penjualan balik dan segala modal dan keuntungan dimasukkan balik ke akaun 1 kwsp.

Pencapaian yang baik ini dijangka berterusan sehingga hari Jumaat ini (pembentangan Bajet 2010) dan rally akan berterusan sehingga penghujung tahun (window dressing) selepas mungkin akan berlaku pembetulan teknikal akibat pengambilan untung.

Dijangka suku tahun pertama 2010 akan terus memperlihatkan mementum kenaikan sehingga Tahun Baru Cina.

Untuk jangka masa panjang, harga terkini masih dianggap murah.

Bagi aku, jika sebelum kejatuhan ekonomi dunia, indek KLCI mencecah 1600 mata, ketika ini 1290 mata. Masih terlalu jauh untuk kita mengaut keuntungan Maksimum !!

Teruskan pembelian bila genap 3 bulan pengeluaran EPF dibuat... Disamping menikmati kenaikan harga, dividen, anda juga dilindungi Takaful yang bernilai 2X ganda pelaburan sekarang (harga terkini RM0.5113 seunit).

Hahh!!! apa tunggu lagi... laburlah sekarang sebelum terlambat !!

TAHNIAH kepada pelabur yang berani menyahut cabaran pada awal tahun ini.

Monday, October 12, 2009

Saham: Berjalan seperti dirancang


  • Dah lama tak posting.. sejak puasa dulu..main saham nih, risiko turun naik dalam sehari memang tinggi..tapi kalau kita beli saham yang ada potensi, tak perlu dengar perkara negetif dari orang yang tak suka syarikat tuh.

  • Seperti dijangka, Proton dah cecah RM4.00 dari harga RM 2.++ seperti direkomen dulu, tahniah kepada yang masih pegang..

  • indek 1200 telah dicapai pada hari raya lepas, seperti dijangka.

  • aku rasa masih ada potensi untuk market naik lagi.. terpulang, kalau dah ada untung, nak jual, jual.. nak simpan simpan..

  • bagi aku nak maksimumkan sehingga tahun hadapan.

  • prinsip aku senang... jual bila untung, jangan jual bila rugi.

Thursday, August 20, 2009

SAHAM: H1N1 gugat ekonomi negara?

Sehingga 19 Ogos 2009 seramai 67 orang meninggal akibat Influenza A/H1N1 di Malaysia, Thailand pula merekodkan seramai 111 orang dan di Benua Amerika lebih dari 1,500 orang..

Menurut Julian Jessop dari Capital Economics, Bank Dunia, Dunia akan mengalami kemerosotan lebih US3 Trillion atau 4.8% dari GDP dunia akibat sebahagian dari 30% tenaga kerja kekurangan akibat sakit.

Bagaimana pula pekerja yang sakit itu merupakan orang penting dalam syarikat/negara?
Kesannya lebih besar.

H1N1 menyerang tidak mengira bangsa, agama atau kaum. Bukan hanya orang yang makan babi sahaja yang kena, bahkan walaupun kita sering kali mengelak bertembung dengan orang yang mengalami sintum selesema, batuk, demam, tanpa disedari, tangan kita memegang objek yang telah dijangkiti seperti butang lif, pemegang tangga, tombol pintu, bersalaman dengan orang ramai kemudian tangan kita menyentuh mata, hidung atau mulut kita.

Belum ada vaksin yang dibuat secara besar besaran, yang mungkin akan mengambil masa setahun dua untuk disediakan.
Vaksin TamilFlu mungkin boleh diberi kepada orang orang terpilih dan penting, namun ianya tidak boleh diharap 100% berkesan.

Mungkin Vaksin tersebut boleh menyelamatkan CEO sesebuah syarikat, tapi jika 30% pekerja bawahan yang lain sakit, Perusahaan tersebut juga mengalami kesakitan.

Saya percaya, penularan sehingga hari ini, masih di fasa 1, dan tempoh yang lama lagi perlu ditempuh.

Bersedialah untuk menghadapi gelombang kedua yang akan berpanjangan setahun dua ini.

Hindari buat sementara sektor sektor yang mempunyai kesan langung keatas penyakit ini seperti Industri Pelancungan, Perhotelan, MAS, Air Asia, Taman Tema, Pusat Hiburan...

Kesan turut diterima oleh peniaga peniaga kecil pasar malam, peniaga di Komplek membeli belah, Fun Fair, Konsert, Stadium, kerana orang ramai tidak berani membawa keluarga berjalan ditempat tumpuan ramai

Saya juga mengalami pengalaman ini ketika membuka booth jualan di KonvoFest di MMU CyberJaya baru baru ini. Pengunjung yang datang tidak ramai, tidak berani membawa anak/keluarga yang ramai.

Namun, disebalik permasalahan, ada kebaikan kepada pihak yang lain.

Syarikat yang mengeluarkan barang perlindungan dan kesihatan mengambil peluang ini untuk menambah keuntungan syarikat.

Syarikat pengeluar mask, ubat ubatan batuk, selesema, demam, serta turut serta ubat pelindung bakteria, sabun, pencuci tangan, pembersih rumah, bagaikan berperang di kaca kaca televisyen sekarang ini.

Setiap beberapa minit kalau diperhatikan, akan muncul iklan iklan sebegini. Juga turut melonjakkan kutipan iklan oleh stesen TV serta syarikat pengiklanan.

Penyebaran Maklumat juga turut memberi habuan runtuh kepada industri percetakan. Iklan iklan kempen sudah mula banyak dicetak dan disebarkan.

Bila Hospital Kerajaan tidak lagi mampu menanggung jumlah pesakit yang semakin ramai, Tumpuan orang ramai mula beralih kepada Hospital Swasta yang sedia maklum mengenkan caj yang mahal bagi setiap pesakit. Sekarang, Hospital Swasta bukan sahaja pilihan kemahuan bahkan kehendak semasa yang nak tak nak terpaksa.

Farmasi farmasi juga sekarang sangat sibuk, kerana disamping orang ramai datang untuk membeli mask, mereka juga akan membeli produk kesihatan lain. Klinik klinik swasta juga sekarang penuh sesak.

Turut mengambil kesempatan, pengamal ubat ubat tradisional memberi alternatif kepada orang ramai. Penjual buah buahan juga turut menerima tempias. Buah Epal Hijau, contohnya, dipercayai boleh menghindar diri dari diserangi penyakit ini. Begitu juga dengan Bawang Putih.

Terkini, kalau tak silap saya saintis Jepun mengatakan Habatus Sawda atau Jintan Hitam dari Tanah Arab boleh menyembuhkan penyakit ini. Ini diperkuatkan lagi dengan Hadis yang antara lain menyatakan tiada penyakit yang tidak boleh disembuh dengan Habatus Sawda kecuali Maut.

Rakan saya yang juga pengeluar dan pengedar Habatus Sawda menyatakan jualannya naik mendadak dan terpaksa order stok yang berkali kali ganda banyaknya dari Arab.

Kesimpulannya, bersedialah untuk menghadapi keadaan ekonomi yang akan kembali gelap untuk jangkamasa yang agak panjang...

Bayangkan jika satu satu perusahaan seperti Perodua yang mempunyai 7,000 orang tenaga pekerja, 30% sakit, akan dapatke keluarkan MPV terbaru November ini?

Renung renungkan..

Monday, August 3, 2009

Unit Trust: RM10 Billion bakal dilabur




Pada 5 Ogos nih, 10 Billion unit bakal dijual melalui Tabung Amanah AS 1Malaysia.

Seperti tabung tabung yang lalu, aku pasti 10 Billion unit nih bakal habis dijual.

Selepas tuh, Dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bakal memperoleh RM10Billion!!

Kemudian, duit tuh kemana? biarkan aje?

Aku pasti, Pengurus Dana tuh akan segera membeli saham saham di BSKL yang harganya masih rendah sekarang..

Oleh yang demikian, Indek Komposit bakal naik, para pemain open market, tumpuan perlu diberi kepada kaunter kaunter blue cip, terutama yang berkaitan dengan kerajaan.

Apa impak kepada pemegang unit amanah yang lain?

Dah tentu, harga saham bakal naik.. dan nilai NAV semasa juga bertambah..

Sesiapa yang belum melabur.. silalah buat segera, kalau tak... harga akan bertambah mahal..

Fikir fikirkan........

Thursday, July 23, 2009

Unit Trust: Jumpa di Proton Tanjung Malim

maii borak ngan aku kat Check Point 3, Proton Tanjung Malim, 27 & 28 Julai nanti.
pada 21 & 22hb lepas, aku dah buka booth di sana, ramai eksekutif yang dah sedar kebaikan potongan EPF untuk pelaburan unit amanah... tahniah...
Mana mana yang consultant dia tak servis,.... bagi aku pulak service... (macam main badminton lak, servis bertukar tangan)..
Aku dok perati ramai pekerja pekerja yang baru masuk, muda muda belaka...
ambik peluang nih... potong RM100 sebulan, dalam 20 tahun nanti dah boleh dapat rumah, beli tunai jek...
Rata rata umur lingkungan 20an... 20 tahun lagi baru 40...
Ramai orang kat luar, umur 40 baru nak buat loan rumah...
Pekerja kilang ni pulak, beli rumah secara TUNAI...
apa apa pun, maii borak ngan aku kalau ada reader yang kat Tanjung Malim.

Thursday, July 16, 2009

saham: Rally menaik sedang berlaku

Setelah berehat beberapa ketika..sekarang nampaknya bermula kembali kenaikan dalam klci...
ditambahkan lagi suntikan dana dari tabung amanah yang baru...

Mungkinkah ianya terus naik sehingga hujung tahun?

Mungkinkah dapat memecahkan indek 1200 sebelum raya?

Aku rasa... KEMUNGKINAN BESAR..

Monday, July 6, 2009

SAHAM: Monitor Saham Proton

Terkini (2): 8hb Julai 2009,08:20
Proton Exora Transmisi Manual model M-Line, bermakna Proton masih "menyimpan" model B-Line Exora untuk bersaing dengan model MPV P2.
Penutup semalam, harga saham Proton naik RM0.01 dengan urusniaga yang paling sikit (299 lot) Terdapat tanda "reversal" pada carta teknikal...
Mungkin hari ni 60% harga akan naik, 40% harga turun.
Indek Dows jatuh 1.9% semalam...
tak berani nak "masuk" dulu.

Terkini: 7hb Julai 2009, 15:09
Proton Transmisi Manual dan Proton Saga SE dilancar.
Harga dikatakan lingkungan RM64k++
Harga tuh lebih kurang sama ngan MPV P2 yang bakal dilancar...

6hb Julai 2009

Agak lama gak aku tak monitor saham proton nih.

Sejak aku "jual" saham ni pada harga RM2.78 pada 20 apr lepas, harga pun terus naik sampai RM3 lebih...

Sekarang, pukul 5.00pm 6hb Julai, harga turun RM2.68

Proton, seperti diketahui telah mengeluarkan MPV pertama bernama EXORA.

Tapi ianya hanya bertranmisi auto.

Pada bila bila masa sekarang nih... Dijangka proton akan mengumumkan EXORA dalam transmisi manual.

Sudah pasti harganya jauh lebih rendah.

Dan juga, pelancaran EXORA ke Indonesia dalam masa terdekat.

Hujung tahun nanti pula diwar warkan penganti WAJA berasaskan Mitsubishi Lancer

Kalau Mitsu tuh harganya RM100k++ harga Waja baru ni pula RM70++.. khabarnya

Mitsu pula akan ambil EXORA dan Persona, ditukar jenama ke Mitsu dan dipasarkan ke negara yang proton tak terokai...

Dengar dengar lagi, DETROIT akan keluarkan kereta elektrik menggunakan badan kereta SAVVY dan Persona.

Itupun hujung tahun nih...

Mitsu lak akan bekerjasama ngan Proton buat kereta kecil"A segment" guna enjin Mitsu dan dipasang di Proton Tanjung Malim...

Dah jimat kos R&D... Jimat kos Enjin... Pasaran dah ada...

Dalam paper sehari dua nih, ada berita Jualan kereta Lotus baru akan menaikkan keuntungan Syarikat Induk, PROTON...

Jom kita tinjau dari segi ekonomi... jangan terlampau emosi bila kereta kita rosak power window.

Keadaan ekonomi begini beri kelebihan untuk Proton... tak percaya?

Lihat statistik jualan kereta Proton di Thailand baru baru nih berbanding dengan Mitsu...

Ambil peluang masa harga tengah mula turun nih... tangkap dan simpan untuk jangkamasa panjang....

Kalau saya lee... saya mungkin tunggu peluang harga jatuh bawah RM2.50 sebelum "beli"..

Atau mungkin saya terlepas?... tak siapa yang tahu.....

Jom sembang....