Thursday, May 21, 2009

SAHAM: Ujian tahap 1060 mata

Semalam KLCI tutup pada paras 19.14 atau 1.87% lebih tinggi. Terasa rugi gak tak dapat main semalam, sibuk buka booth di P2.

Hari ni jom kita sembang apa yang bakal berlaku hari ni atau dalam seminggu dua nih.

Kali ni aku nak cuba main kenaikan indek komposit lak.

Dari graf yang aku monitor, pasaran masih dalam aliran "bullish". Memang akan terdapat sedikit penurunan, tapi aku berpendapat indek akan cuba menguji tahap 1070 sebelum turun sikit.

Aku tetapkan 1060 mata kali ni untuk penjualan 2 kaunter aktif, Axiata dan TimeCom.

Hari ni pun aku agak sibuk gak, tak dapat nak monitor, so aku que untuk kedua dua kaunter tuh ikut harga closing semalam.

Dapatkah 1060 mata akan tercapai hari ni atau seminggu dua nih? Jom kita perhatikan dan bersembanglah dengan aku.

Monday, May 18, 2009

UNIT TRUST: Pengagihan dan Pulangan Al Aiman

Berikut adalah Pengagihan dan Pulangan Dana Al Aiman ASM Investment Berhad berakhir 15 Mei 2009 (Tak Rasmi)

FUND
Dana Al Aiman
FINANCIAL YEAR END 2009
Mei 2009
INCOME DISTRIBUTION (SEN)
GROSS
3.00
NETT
2.79
DIVIDEND YIELD (%)
GROSS
5.20
NETT
4.84

Thursday, May 14, 2009

Unit Trust: Repot Pencapaian Dana Al Aiman


Khas untuk client dibawah kelolaan aku... disini, aku paparkan pergerakan terkini harga Dana Al Aiman untuk perhatian semua client yang aku hormati.

Aku cuba untuk print dan hantar melalui pos terus ke rumah anda, insyallah.

Aku Harap teruskan pengeluaran EPF setiap bulan tanpa henti, kerana harga dana masih rendah. Insyallah, bila sampai masanya, signal untuk jual akan diberitahu.

Teruskan melabur, kerana tujuan kita adalah untuk jangkamasa sederhana dan panjang, bukannya untuk mendapat keuntungan jangka pendek.

Namun, dalam repot yang dikepilkan, ada juga client aku yang peroleh kenaikan hasil dari pergerakan pasaran "bullish" sebulan dua ni...

Jika ada pertanyaan, sila email ke alamat saya, roslan.asmpabk@gmail.com atau boleh tanyakan apa jua soalan di blog ini.

Terima kasih atas sokongan semua,

Selamat Melabur.

RR

Thursday, May 7, 2009

UNIT TRUST: Kenapa ianya lebih stabil


Ahhhh.... lupakan sejenak kekecohan di DUN Perak... mereka cari makan, kita pun cari makan gak...

Pergerakan saham sekarang ni pun dah kecoh... pemain pemain besar dah mula kecoh beli saham tengah murah nih... mereka tak nak kecoh kecoh... sebab dia orang nak dapatkan harga yang tengah murah nih... yang kita nih pulak,... jangan lee kecoh pasal kerja mereka kat DUN Perak tuh... biar lee mereka buat kerja mereka.

Dalam tengah kalut kalut nih.. anda buat duit atau tidak??.. atau hanya khayal layan kerenah hal hal lain.

WAHAI SAUDARA SAUDARA SEMUA... BANGKIT LEE... MASA UNTUK BUAT DUIT SEKARANG!!!!

Dalam sedar tak sedar, dalam orang kat luar dok kata tak boleh nak buat apa, takut nak labur ekonomi tengah teruk, anda tau tak?, kisah seorang client aku nih dah buat untung 9.48% melabur dalam Al Aiman dalam masa kurang 2 bulan??!!!

9.48% kan lebih tinggi dari Dividen yang EPF bagi.. Setuju?
(EPF tahun lepas bagi 4.5% dalam SETAHUN!!)

Kenapa kita perlu labur dalam Unit Trust.
Kita tak ada banyak duit untuk labur dalam saham di BSKL seperti posting dibawah, tapi dalam hati nak gak dapat untung banyak dalam diam(pasif income).

Unit Trust nih kerja dia, kumpul duit orang ramai... bila dah kumpul tu.. Pengurus dana boleh le beli saham saham yang mahal dan berpotensi tinggi yang mana orang biasa macam kita nih... tak tahu dan tak mampu.

Bila dapat beli banyak kaunter, risikonya dapat diagihkan.
Seperti contoh posting dibawah, dalam 4 saham terpilih, 3 untung dan 1 rugi... maka, kaunter yang untung dapat menyerap kerugian 1 kaunter tadi...
Bukan kah ini akan jadikan ianya lebih stabil?
Bagi kita yang bukan pakar dalam urusan jual beli di Bursa Saham, melabur dalam Unit Trust adalah pilihan yang amat tepat.

Lebih lebih lagi adalah SEKARANG ADALAH MASA YANG PALING TEPAT UNTUK MELABUR!

Jika ada duit lebih, Laburlah dalam Al Aiman untuk tempoh sekurang kurangnya 3 tahun
Jika ada simpanan EPF, Buatlah pengeluaran mengikut had kelayakan setiap 3 bulan (tanpa keluar satu sen pun duit poket)
Jika mahu simpan sikit sikit, Potonglah gaji setiap bulan serendah RM50, sehingga anda pencen, dah lihatlah perkembangan duit anda ketika itu.

HUBUNGI LAH SAYA SEGERA SEBELUM HARGA TERUS NAIK..

Wednesday, May 6, 2009

SAHAM: Naik naik... tapi tak banyak

Dah masuk hari ke tiga, aku tak dapat monitor sepanjang hari. Akibatnya "jualan paksa" dilakukan mengikut "harga penutup" hari ini.

Jualan paksa berlaku apabila selepas 3 hari pembelian, (T+3) pelabur mesti membeli saham tersebut untuk simpanan atau terpaksa jual jika gagal membayar. (dalam kes ni RM38,520)
OK... selepas 3 hari, berapa "untung" atas angin?... (Duit deposit sebelum pembelian dibuat tidak dikeluarkan..)
"Target" asal adalah untung 5%, tapi akhirnya cuma dapat purata 1.7% sahaja bernilai RM660.00

Kalau kita bandingkan prestasi Bursa Saham lak, pada penutup 30 Apr, 990.74 mata. Penutup hari ni lak, 1023.96, naik 33.22 mata atau 3.35%
Kalau cam tuh... kira pulangan "pelaburan" aku kurang lee dari tanda aras BSKL...

Apa yang silap?

Gamuda berjaya mencapai target 5%
Proton lak rugi 1.3%
Proton nampaknya tak boleh pergi jauh lagi, kaunter lain buat untung, dia lak rugi...
Gamuda je lee yang selamatkan keadaan.

Aku mungkin tersalah pilih kaunter. Aku masukkan kaunter Tenaga yang mana pergerakan nya sedikit demi sedikit, bukan macam kaunter kaunter spekulasi seperti TimeCom.

Kaunter kaunter yang pilih kali ini adalah kaunter kaunter yang selamat. Kalau pun Market bertongkah arus, Tak rugi sangat... tapi bila untung, tak untung sangat.

Aku sengaja tak ambil Kaunter Axiata dan Timecom. kalau aku "beli" kaunter tersebut, aku boleh "untung" 8% dan 7% dalam masa yang sama diatas.

Dari sini dapatlah kita mempelajari bahawa Pembelian kaunter yang banyak, dapat mengurangkan risiko kita. Dalam kes ni, 3 kaunter naik berbanding 1.

Begitulah juga peranan Unit Trust, dimana ramai yang tak mampu mengeluarkan modal RM38,520 seperti ini, tapi bila dikumpul ramai ramai, kita mampu untuk mendapat lebih banyak kaunter kaunter yang kukuh untuk mengurangkan risiko pulangan kita.

Monday, May 4, 2009

SAHAM: Ujian atas pembelian besar besaran (update 2)


Update 2: index tutup 0.49 mata lebih rendah walaupun mata mencecah 1020 mata masa buka. Proton rugi RM0.06,Gamuda untung RM0.06, Sime untung RM0.10, tenaga tak berubah. Masih ada untung sikit, 0.5% bernilai RM200 setakat nih.
Update 1: penutup 4 mei. Proton rugi RM0.02, gamuda untung RM0.10, Sime untung RM0.15, Tenaga tak berubah.
Peratus keuntungan hari pertama: 1.20% bernilai RM460.

4hb Mei 2009

Kali ini, aku buat pemantauan atas beberapa kaunter dengan andaian bahawa kenaikan minggu lepas atas berterusan untuk hari ini..
Aku "beli" 4 kaunter pilihan pada pagi ni yang menyaksikan penurunan sebanyak 3.95 mata setelah dibuka tinggi, 999.40 hampir 5 mata lebih tinggi dari penutup Jumaat lepas.
Mungkinkah hari ini akan menguji tahap sokongan 1000 mata?
Apa pun kejatuhan sedikit harga kaunter pilihan mendorong pembelian besar besar dilakukan.
"Modal" dikeluarkan untuk pembelian ini adalah sebanyak RM38,520. RM 100 lebih murah dari harga Jumaat.
Target penjualan kaunter kaunter ini adalah margin 5% sebelum 3 hari (T+3) ATAU jualan paksa pada penutup hari Rabu nanti.