Monday, December 15, 2008

Puratakan kos korang!!!

Topik ni khas untuk pelabur unit trust

Mungkin korang pernah dengar atau belum dengar tentang puratakan kos nih... ok lee.. cam ni.. katakan korang beli unit amanah nilainya RM1.00 pas tu sekarang ni... nilainya dah jatuh RM0.80... cam ne nak buat?

Setakat 13 Dec 08, KLCI telah susut 41% sejak 31/12/07... memang semua harga unit amanah telah jatuh... kalau % kejatuhan harga unit amanah korang kurang dari di atas, bermakna pengurus dana unit amanah korang bijak menguruskan pelaburan korang!!

Pelaburan Melalui KWSP
Pelabur mesti dah diinformkan oleh consultant bahawa setiap pengeluaran KWSP hanya boleh dikeluarkan lagi 3 bulan dari tarikh akhir pengeluaran dengan nilainya 20% dari jumlah yang boleh dikeluarkan.
contoh:Pelabur yang masuk bulan Jun 2008 dengan nilai pembelian RM1.00 dikeluarkan dari akaun 1 KWSP, kemudian 3 bulan selepas itu, (bulan Sept 2008) nilai pembelian RM1.00 telah susut menjadi RM0.80. Apa perlu buat?

20% telah dikeluarkan pada pengeluaran pertama dan 80% lagi dalam 4 kali pengeluaran lagi didarabkan dengan 4 bulan(1 bulan untuk pemprosesan) JUMLAHNYA 16 bulan lagi sebelum kesemua RM10,000 dikeluarkan... (anggaran kasar sahaja, untuk illustrasi).

16 bulan dari bulan jun 2008 bermakna bulan Oct 2009. Saya dapat tahu dari pengurus dana bahawa pada masa tersebut ekonomi dunia akan kembali stabil!!!SSSoooooo..... korang perlu keluarkan 20% dari lebihan yang dibenarkan dalam akaun 1 bila cukup masanya! bertindaklah sekarang jangan tunggu lagi!!!.....

PURATAKAN KOS
katakan:
Pembelian pertama : RM1.00 bulan Jun 2008 (harga seunit)
Pembelian kedua : RM0.80 bulan Oct 2008
Pembelian ketiga: RM0.60 bulan Feb 2009
Pembelian keempat: RM0.40 bulan Jun 2009
Pembelian kelima: RM0.30 bulan Oct 2009

tempoh pengeluaran: 16 bulan.

Purata kos pembelian korang adalah RM0.62
Kalau korang hanya sekali je beli, purata korang RM1.00
Jika pada Dec 2009 harga unit amanah telah meningkat kepada RM0.70....,

a) jika buat purata dengan contoh diatas, korang untung RM0.08 seunit
b) jika sekali je buat, korang rugi RM0.30 seunit

Korang kira lee sendiri kalau korang kumpul 200,000 unit berapa banyak korang rugi/untung...
kalau korang masuk al aiman ASM INVESTMENT , RM200,000 duit insuran PERCUMA dalam tangan!!

pikir pikirkan....

Monday, December 1, 2008

Beli mutiara dalam lumpur... bukan di pasar raya!!

Kita selalu dengar orang kata sekarang ni harga saham tengah rugi... tok sah masuk leee nanti rugiiii... korang fikir jap.... pernah tak korang terpikir kalau makin orang takut nak beli bila harga dah jatuh bermakna makin besar peluang dapat keuntungan?

Korang biasatak dengar cerita nihhh.... korang cadang nak beli kereta atau rumah lelong.... pas tuh bila korang check rumah tuh atau kereta tuh ada orang himpit korang... orang tuh pulak cerita bukan bukan pasal rumah tuh... kata ada hantu lee, banjir lee... kena buat wiring balik lee... dinding nak roboh leee... atau kalau nak beli kereta lak dia orang kata... banyak kena betulkan nih... enjin kena tukar leee... tak boleh tukar nama leee...

Cuba korang fikir apa sebab orang tuh cakap gitu.... bila kita dengar cam tuh... tak jadi nak beli kaannnn.... tapi... bila tarikh lelong.. cuba teka siapa yang masuk????

Jangan fikir benda dah berkarat atau berkulat atau berlumut itu tidak bernilai.... fikirkan apa yang tersembunyi didalamnya.... Jadilah pelabur/pembeli yang bijak dengan menilai sesuatu saham atau barang yang di beli tuh dengan nilai sebenar... jangan terpedaya ngan barang atau saham yang nampak buruk dari luar.

Keadaan saham masa ni memang nampak buruk.... penuh ngan berita berita negetif... cuba fikir kalau kita dalam situasi nak beli... tapi orang dok kondem.... harga pasti akan makin murah.. bila murah... dulu RM1.00 dapat 1, sekarang RM1.00 dapat 2 !!!

Nilaikan pelaburan korang dengan kekuatan sesebuah syarikat yang korang cadang nak labur... tengok PE dia... kalau kurang dari 8 tuh... beli beli leee... simpan... harga tengah sedap nih... pasti korang akan dengar orang lain kata dalam 2 atau 3 tahun lagi... "rugi aku beli saham masa tengah jatuh tuh... aku takut nak beli... kalau aku beli dulu... sekarang dah untung banyak!!!".

TAPI aku cadangkan korang belilah sikit sikit dulu... berperingkat peringkat... ye leeee main ekuiti ni risiko nye tinggi .... kalau untung... untung besar... kalau rugi... rugi pun besar gak... puratakan risiko korang....

cam ne nak puratakan risiko... nanti aku terangkan.

Monday, November 24, 2008

Berapa banyak duit ko nak hangus?

Semua orang yang masuk pelaburan nak untung kan... kan...? semua nak untung banyak banyak.. tak nak sikit kan.. kan..?

Tapi korang terlupa.... lagi banyak untung tu.. sebenarnya boleh jadi lagi banyak ruginya.... sooo..jangan dok pikir berapa banyak ko boleh untung.... sebaliknya kena fikir gak berapa banyak yang ko boleh tanggung rugi...

Pelabur yang bijak senantiasa setkan target keuntungan dan juga kerugian... pelabur akan disiplinkan diri bila dah sampai target naik atau turun nak buat apa...

Berapa target nak letak kalau naik atau turun?

Terpulanglah pada korang nak berapa pun target... 10% ke 20% ke 100% ke ... tak siapa peduli... tapi kena logik gak lee... katakan nak simpan duit setahun dan nak dapat dividen lebih sikit dari simpan kat akaun simpanan atau tetap kat bank... aku syorkan korang simpan jek kat ASB...

tapi kalau korang nak cuba cuba nak dapat lebih dari ASB... risiko kena tinggi sikit...
aku sentuh sikit kalau melabur dalam ekuiti..

Dalam tajuk yang lepas aku cadangkan korang pecahkan pelaburan korang dalam 3 bahagian... buat masa sekarang harga pasaran tengah murah... belilah 1/3 bahagian yang nak labur.. 2/3 lain tuh korang simpanlah kat ASB atau money market...

Kalau indek jatuh atau harga saham korang jatuh sampai satu angka yang telah korang targetkan turun... belilah lagi saham tu 1/3 lagi....maknanya sekarang korang dah labur 2/3 dalam ekuiti 1/3 lagi masih simpan kat ASB atau money market....

katakan korang beli saham A mula mula harganya RM1.00 pas tu jatuh ke RM0.50... korang beli lagi...sebenarnya korang dah puratakan nilai belian korang kepada RM0.75... katakan lepas ni market naik balik dan nilai saham A dah jadi RM0.80.... korang dah balik modal!! walaupun pada mulanya korang beli ngan harga RM1.00 ...

Kalau jatuh lagi... tunggu... nanti aku beritau...

Thursday, November 20, 2008

KLCI 20Nov08 @ 5.00 pm

KLCI ditutup 12.33 mata lebih rendah kepada 865.32 atau 1.40% lebih rendah dengan 497 untung berbanding 66 rugi... so apa yang boleh difahami dengan situasi ini?... sepanjang tahun 2008 indek KLCI telah menyusut sebanyak 40.20% sejak 31 dec 2007.
Bukankah kita nampak peluang???

Saham Nikei jatuh 7% hari ni...HangSeng pula 4% kita ok lagi laa..

Saham Gamuda misalnya, hari ni aje dah jatuh 3.14% dari harga semalam kepada RM1.54 dengan nilai PE 2.691 ! harga paling rendah pernah direkod saham ni RM1.25 pada 28 Oktober lepas... masa tu indek komposit 829.41 rekod terendah tahun ni...

Persoalan... boleh ke KLCI jatuh lagi...
Aku rasa boleh lagi kut... pasaran tak kuat lagi... semalam je Dow Jone jatuh 5% tapi kalau tanya berapa lagi boleh jatuh... tak de siapa boleh jawab!!

Ikut ikut fundamental... PE KLCI tengah sedap sedap manis tebulah kata orang dalam lingkungan 700 hingga 750 mata... so kalau korang kata masa bila nak masuk... tunggula dulu...

TAPI INGAT...
kalau ko nak tunggu... tapi tak sampai... katakan sampai 705 pas tu naik... haa putih mata!! elok kalau park sikit dulu sekarang... kalau ada modal RM100,000 sekarang laburlah dulu 30% beli saham Gamuda contohnya...(aku rekomen saham ni... kukuh ni..) yang lain simpan dulu kat money market atau FD ke atau ASB... tunggu dulu... risiko?
RISIKO 30%... KALAU NAIK untung atas 30% tuh... KALAU JATUH ???... tunggu nanti aku beritahu nanti...

Nantikan berita terkini!

Mulai hari ni saya akan berikan pandangan saya tentang pasaran ekuiti dan unit amanah dari masa ke semasa.. dalam bentuk bahasa yang mudah....

Wednesday, August 6, 2008

Salam Perkenalan

22hb Mei 2008

SALAM PERKENALAN

Sembang sembang direka untuk bertukar tukar pendapat antara para pelabur dibawah kelolaan saya. Perlu diingatkan bahawa apa yang cuba disampaikan oleh saya adalah pendapat peribadi saya sendiri dan terserah kepada kebijaksanaan saudara saudari untuk menilainya.

Senario pelaburan semasa memperlihatkan keadaan dimana ketidakstabilan pasaran bermula pada awal tahun sehingga kini. KLCI telah jatuh sebanyak 10.78% setakat 16hb Mei 2008. Manakala pada masa yang sama, FBM Syariah (kaunter kaunter syariah di Bursa Malaysia) pula telah menurun sebanyak 12.49%. Namun dana dana syariah ASM Investment mampu memperlahankan trend menurun harga unit dari mengikut pasaran semasa. Dana Al-Aiman hanya turun sebanyak 5.66% dalam tempoh masa yang sama manakala dana Bestari -6.98% dan Dana Mutiara -9.92%.

Isu isu yang bersangkutan dengan sub prima di US telah hampir melumpuhkan keadaan ekonomi di sana sehingga memaksa kerajaan US mengambil langkah langkah mendadak bagi mengurangkan tekanan. Faktor harga minyak yang telah melebihi US130 setong dan senario politik tanahair yang “semakin menarik” menyumbang kepada pergerakan harga pasaran semasa.

Disebalik ketidaktentuan pasaran KLCI yang diramalkan bergerak diantara 1260 hingga 1300 mata dalam tempoh terdekat dan jumlah urusniaga seharian yang rendah ekoran pelabur luar masih enggan memasuki pasaran kita , para pengurus dana ASM Investment telah berjaya meletakkan kedudukan dana Al – Aiman dan dana Bestari adalah 2 dana terbaik dari keseluruhan dana syariah dari keseluruhan syarikat pengurusan di Malaysia bagi tempoh pelaburan 6 bulan.( sila lihat jadual Fund Pertormance).

Tahniah diucapkan kepada pelabur yang memiliki dana Al Aiman, dimana, dividen bagi tempoh berakhir 15hb Mei 2008 diisytiharkan sebanyak 5.35 sen seunit atau Yield tahunan sebanyak 10.05%!

Sila perhatikan pergerakan saham Nestle dan Sime bagi pelabur dana Al-Aiman dimana kedua dua kaunter tersebut merupakan peratus pegangan yang tertinggi dan mampu mengubah NAV dana tersebut.

Saya jangkakan pasaran akan kembali positif apabila pasaran KLCI melonjak melebihi paras psikologi 1300 mata atau pasaran akan terus lemah apabila turun lebih dari 1260 mata.

Teruskan pembelian untuk pengumpulan unit bagi pelabur EPF bila genap 3 bulan dari pengeluaran terakhir, teruskan pemotongan gaji atau pelaburan tunai bulanan untuk menikmati harga dana yang semakin menarik.

Saya cadangkan inilah masa yang sesuai untuk mengeluarkan lebihan simpanan tunai dalam bentuk FD, simpanan bank atau dari intitusi pelaburan lain yang kurang memberi pulangan atau tiada kemudahan perlindungan Takaful percuma,dimana 30% daripadanya dilaburkan dalam bentuk ekuiti (dana Al-Aiman, Bestari atau Mutiara) dan 70% dalam bentuk ASM Syariah Money Market.

Untuk pengetahuan saudara, kedudukan ASM Syariah Money Market terbaik keseluruhan dalam kategorinya (1/17 setakat 5 Mei 08) dengan pulangan purata sebanyak 3.95% berbanding pulangan purata 3.25% simpanan 3 bulan dalam intituasi perbankan .

Bertemu lagi di ruangan yang lain dengan membincangkan pergerakan saham dari segi bacaan teknikal. Saudara boleh bertukar pandangan dengan saya melalui email saya, roslan.asmpabk@gmail.com

Selamat Melabur. - RR

Tuesday, August 5, 2008