Thursday, May 27, 2010

SAHAM: Terlepas beli Proton!

Pagi tadi aku "parking" RM4.44 bila dapat tau keuntungan Proton naik lebih 100%..

malang, harga paling rendah pun RM4.54....

ehmmmm.... melepas lah aku beli....

harga nih saja, kenaikan harga mencapai 5.18% lebih tinggi dari closing semalam...

tak dak rezeki....

Wednesday, May 26, 2010

SAHAM: Cuba beli balik saham Proton


"Proton catat untung RM285 juta

2010/05/26

KUALA LUMPUR: Proton mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM285 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 meningkat lebih 159 peratus berbanding rugi sebelum cukai RM319 juta tahun lalu."
-sumber dari Berita Harian Online...

hari ni aku terlepas nak beli kaunter kaunter yang aku "parking" pagi tadi...

esok aku "parking" harga Proton > RM4.44

simpan.... kaunter nih dah ada untung dah.... bukan macam SIME....

SAHAM: Pembelian peringkat 1

Indek KLCI hampir menuju ke paras paling rendah tahun ini yang direkodkan dalam bulan Feb sekitar 1220 mata.

Dengan penutup semalam 1250, 30 mata aje lagi ke paras terendah...

Semalam, indek jatuh 23.56 mata.

Memang kita tak tau sampai mana indek akan jatuh, so kita gunakan taktik bertingkat.

Ianya dapat puratakan pembelian awal yang tinggi.

Pagi nih aku "parking":

IRIS> RM0.105... untuk puratakan pembelian awal RM0.16
SAPURA CREST> RM1.70, harga 10% bawah penutup semalam (RM1.89)
TIMECOM> RM3.50...(Paras purata terendah dalam setahun)

Wednesday, May 19, 2010

SAHAM: Tunggguuuu....

Saham makin jatuh?

Sabar.. sabar... jangan gelojoh...
tunggu... tunggu...

Saturday, May 15, 2010

SAHAM: Ambil peluang dari kejatuhan

SIME DARBY telah menyusut 3.30% pada hari pertama sejak digantung berikutan kerugian besar yang dilaporkan.

apa perlu kita buat?

tunggu sehingga harga murah lagi...
dijangka sehari dua nih harga jatuh lagi..

macam mana nak tau bila nak beli balik?

sekarang pelabur tengah panik... jualan besar besaran...
tunggu sampai pelabur dah kurang nak jual... masa tu harga pun dah rendah...
masa tu la kita beli balik...

Tapi...

Pelabur Insituasi pun buat benda yang sama... diaorang pun tengah tunggu dan lihat ...
cam strategi kita..

Monday, May 10, 2010

SAHAM: Jangan Percaya Sangat Pada Sistem

Hahahaha.. tergelak gak aku bila baca coretan Tun Mahathir yang terkini.

Tak terfikir lak aku sistem yang sebegitu canggih boleh menjatuh atau menaikkan sesebuah bursa saham!

Aku setuju ngan pendapat dia.. bila dah berjuta pengguna sistem yang canggih manggih tu bilamana sistem suruh kita beli... berlumba lumbalah berjuta juta malaun yang ada sistem tu beli... akibatnya... depa beli pada harga yang dah tinggi....

Bila sistem kata jual... habis panik berjuta pengguna sistem buat jualan panik... yang mana sepatutnya kita boleh kurangkan sedikit kerugian, akhirnya rugi banyak! hahahhahahaha

Korang tak yah le percaya sangat ngan sistem yang canggih manggih tu... buat cam aku je... ikut naluri hati jek... berani beli bila orang lain takut nak beli... berani jual bila orang lain takut nak jual....

Beli, bila kita yakin dengan syarikat kita beli.... jual bila kita rasa ianya perlu...
Pasaran Saham bukan tempat kita berjudi

Jangan jadi pak turut.... ambil kesempatan bila perlu...

Apapun.... sehari dua nih perati betul betul aliran saham saham kita.... bertindak segera, jangan leka!

Friday, May 7, 2010

SAHAM: intai peluang

Monitor saham Proton, SapuraCrest, TimeCom, Gamuda dengan penuh minat...

Bagai kucing tenung cicak kat dinding... tanpa kelip mata!

Thursday, May 6, 2010

SAHAM: Stand By... beli balik!

dah jual semalam proton dan gamuda, hari ni nampak terus jatuh lagi..
proton hari ni penutup rm4.68 jatuh RM0.12 atau 2.5%!
gamuda lak rm2.89 jatuh rm0.04 atau 1.4 %..

dah jual, dah ambik untung... sekarang tunggu peluang beli balik bila harga menarik...

Stand By...

Wednesday, May 5, 2010

SAHAM: Jualan Terkejut


Agaknya tertidur lama sangat.... bila terkejut, mulalah buat kerja tah apa apa...

Sebelum tutup sessi pagi, indek menjunam lebih 10 mata... dengan lebih 700 kaunter mengalami kerugian...

Aku pun panik... terus jual Proton yang diberli pada 2 Feb dan 24 Mar dan kaunter Gamuda..

Aku jual pun dapat untung gak... bukan tak untung...

penutup hari ni KLCI jatuh 7 mata.... tapi aku dah buat jualan panik!
hahaha...

Tuesday, May 4, 2010

SAHAM: Harga Target dah capai!

Harga Gamuda sekarang : RM3.00
Target : RM2.95

Harga Proton sekarang : RM4.99
Target : RM5.00

OK.. apa kena buat sekarang?... eeehhhhhmmmmmmmmmmmm
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz................
sambung balik tidur...