Monday, December 15, 2008

Puratakan kos korang!!!

Topik ni khas untuk pelabur unit trust

Mungkin korang pernah dengar atau belum dengar tentang puratakan kos nih... ok lee.. cam ni.. katakan korang beli unit amanah nilainya RM1.00 pas tu sekarang ni... nilainya dah jatuh RM0.80... cam ne nak buat?

Setakat 13 Dec 08, KLCI telah susut 41% sejak 31/12/07... memang semua harga unit amanah telah jatuh... kalau % kejatuhan harga unit amanah korang kurang dari di atas, bermakna pengurus dana unit amanah korang bijak menguruskan pelaburan korang!!

Pelaburan Melalui KWSP
Pelabur mesti dah diinformkan oleh consultant bahawa setiap pengeluaran KWSP hanya boleh dikeluarkan lagi 3 bulan dari tarikh akhir pengeluaran dengan nilainya 20% dari jumlah yang boleh dikeluarkan.
contoh:Pelabur yang masuk bulan Jun 2008 dengan nilai pembelian RM1.00 dikeluarkan dari akaun 1 KWSP, kemudian 3 bulan selepas itu, (bulan Sept 2008) nilai pembelian RM1.00 telah susut menjadi RM0.80. Apa perlu buat?

20% telah dikeluarkan pada pengeluaran pertama dan 80% lagi dalam 4 kali pengeluaran lagi didarabkan dengan 4 bulan(1 bulan untuk pemprosesan) JUMLAHNYA 16 bulan lagi sebelum kesemua RM10,000 dikeluarkan... (anggaran kasar sahaja, untuk illustrasi).

16 bulan dari bulan jun 2008 bermakna bulan Oct 2009. Saya dapat tahu dari pengurus dana bahawa pada masa tersebut ekonomi dunia akan kembali stabil!!!SSSoooooo..... korang perlu keluarkan 20% dari lebihan yang dibenarkan dalam akaun 1 bila cukup masanya! bertindaklah sekarang jangan tunggu lagi!!!.....

PURATAKAN KOS
katakan:
Pembelian pertama : RM1.00 bulan Jun 2008 (harga seunit)
Pembelian kedua : RM0.80 bulan Oct 2008
Pembelian ketiga: RM0.60 bulan Feb 2009
Pembelian keempat: RM0.40 bulan Jun 2009
Pembelian kelima: RM0.30 bulan Oct 2009

tempoh pengeluaran: 16 bulan.

Purata kos pembelian korang adalah RM0.62
Kalau korang hanya sekali je beli, purata korang RM1.00
Jika pada Dec 2009 harga unit amanah telah meningkat kepada RM0.70....,

a) jika buat purata dengan contoh diatas, korang untung RM0.08 seunit
b) jika sekali je buat, korang rugi RM0.30 seunit

Korang kira lee sendiri kalau korang kumpul 200,000 unit berapa banyak korang rugi/untung...
kalau korang masuk al aiman ASM INVESTMENT , RM200,000 duit insuran PERCUMA dalam tangan!!

pikir pikirkan....

Monday, December 1, 2008

Beli mutiara dalam lumpur... bukan di pasar raya!!

Kita selalu dengar orang kata sekarang ni harga saham tengah rugi... tok sah masuk leee nanti rugiiii... korang fikir jap.... pernah tak korang terpikir kalau makin orang takut nak beli bila harga dah jatuh bermakna makin besar peluang dapat keuntungan?

Korang biasatak dengar cerita nihhh.... korang cadang nak beli kereta atau rumah lelong.... pas tuh bila korang check rumah tuh atau kereta tuh ada orang himpit korang... orang tuh pulak cerita bukan bukan pasal rumah tuh... kata ada hantu lee, banjir lee... kena buat wiring balik lee... dinding nak roboh leee... atau kalau nak beli kereta lak dia orang kata... banyak kena betulkan nih... enjin kena tukar leee... tak boleh tukar nama leee...

Cuba korang fikir apa sebab orang tuh cakap gitu.... bila kita dengar cam tuh... tak jadi nak beli kaannnn.... tapi... bila tarikh lelong.. cuba teka siapa yang masuk????

Jangan fikir benda dah berkarat atau berkulat atau berlumut itu tidak bernilai.... fikirkan apa yang tersembunyi didalamnya.... Jadilah pelabur/pembeli yang bijak dengan menilai sesuatu saham atau barang yang di beli tuh dengan nilai sebenar... jangan terpedaya ngan barang atau saham yang nampak buruk dari luar.

Keadaan saham masa ni memang nampak buruk.... penuh ngan berita berita negetif... cuba fikir kalau kita dalam situasi nak beli... tapi orang dok kondem.... harga pasti akan makin murah.. bila murah... dulu RM1.00 dapat 1, sekarang RM1.00 dapat 2 !!!

Nilaikan pelaburan korang dengan kekuatan sesebuah syarikat yang korang cadang nak labur... tengok PE dia... kalau kurang dari 8 tuh... beli beli leee... simpan... harga tengah sedap nih... pasti korang akan dengar orang lain kata dalam 2 atau 3 tahun lagi... "rugi aku beli saham masa tengah jatuh tuh... aku takut nak beli... kalau aku beli dulu... sekarang dah untung banyak!!!".

TAPI aku cadangkan korang belilah sikit sikit dulu... berperingkat peringkat... ye leeee main ekuiti ni risiko nye tinggi .... kalau untung... untung besar... kalau rugi... rugi pun besar gak... puratakan risiko korang....

cam ne nak puratakan risiko... nanti aku terangkan.