Wednesday, August 6, 2008

Salam Perkenalan

22hb Mei 2008

SALAM PERKENALAN

Sembang sembang direka untuk bertukar tukar pendapat antara para pelabur dibawah kelolaan saya. Perlu diingatkan bahawa apa yang cuba disampaikan oleh saya adalah pendapat peribadi saya sendiri dan terserah kepada kebijaksanaan saudara saudari untuk menilainya.

Senario pelaburan semasa memperlihatkan keadaan dimana ketidakstabilan pasaran bermula pada awal tahun sehingga kini. KLCI telah jatuh sebanyak 10.78% setakat 16hb Mei 2008. Manakala pada masa yang sama, FBM Syariah (kaunter kaunter syariah di Bursa Malaysia) pula telah menurun sebanyak 12.49%. Namun dana dana syariah ASM Investment mampu memperlahankan trend menurun harga unit dari mengikut pasaran semasa. Dana Al-Aiman hanya turun sebanyak 5.66% dalam tempoh masa yang sama manakala dana Bestari -6.98% dan Dana Mutiara -9.92%.

Isu isu yang bersangkutan dengan sub prima di US telah hampir melumpuhkan keadaan ekonomi di sana sehingga memaksa kerajaan US mengambil langkah langkah mendadak bagi mengurangkan tekanan. Faktor harga minyak yang telah melebihi US130 setong dan senario politik tanahair yang “semakin menarik” menyumbang kepada pergerakan harga pasaran semasa.

Disebalik ketidaktentuan pasaran KLCI yang diramalkan bergerak diantara 1260 hingga 1300 mata dalam tempoh terdekat dan jumlah urusniaga seharian yang rendah ekoran pelabur luar masih enggan memasuki pasaran kita , para pengurus dana ASM Investment telah berjaya meletakkan kedudukan dana Al – Aiman dan dana Bestari adalah 2 dana terbaik dari keseluruhan dana syariah dari keseluruhan syarikat pengurusan di Malaysia bagi tempoh pelaburan 6 bulan.( sila lihat jadual Fund Pertormance).

Tahniah diucapkan kepada pelabur yang memiliki dana Al Aiman, dimana, dividen bagi tempoh berakhir 15hb Mei 2008 diisytiharkan sebanyak 5.35 sen seunit atau Yield tahunan sebanyak 10.05%!

Sila perhatikan pergerakan saham Nestle dan Sime bagi pelabur dana Al-Aiman dimana kedua dua kaunter tersebut merupakan peratus pegangan yang tertinggi dan mampu mengubah NAV dana tersebut.

Saya jangkakan pasaran akan kembali positif apabila pasaran KLCI melonjak melebihi paras psikologi 1300 mata atau pasaran akan terus lemah apabila turun lebih dari 1260 mata.

Teruskan pembelian untuk pengumpulan unit bagi pelabur EPF bila genap 3 bulan dari pengeluaran terakhir, teruskan pemotongan gaji atau pelaburan tunai bulanan untuk menikmati harga dana yang semakin menarik.

Saya cadangkan inilah masa yang sesuai untuk mengeluarkan lebihan simpanan tunai dalam bentuk FD, simpanan bank atau dari intitusi pelaburan lain yang kurang memberi pulangan atau tiada kemudahan perlindungan Takaful percuma,dimana 30% daripadanya dilaburkan dalam bentuk ekuiti (dana Al-Aiman, Bestari atau Mutiara) dan 70% dalam bentuk ASM Syariah Money Market.

Untuk pengetahuan saudara, kedudukan ASM Syariah Money Market terbaik keseluruhan dalam kategorinya (1/17 setakat 5 Mei 08) dengan pulangan purata sebanyak 3.95% berbanding pulangan purata 3.25% simpanan 3 bulan dalam intituasi perbankan .

Bertemu lagi di ruangan yang lain dengan membincangkan pergerakan saham dari segi bacaan teknikal. Saudara boleh bertukar pandangan dengan saya melalui email saya, roslan.asmpabk@gmail.com

Selamat Melabur. - RR

Tuesday, August 5, 2008