Thursday, August 20, 2009

SAHAM: H1N1 gugat ekonomi negara?

Sehingga 19 Ogos 2009 seramai 67 orang meninggal akibat Influenza A/H1N1 di Malaysia, Thailand pula merekodkan seramai 111 orang dan di Benua Amerika lebih dari 1,500 orang..

Menurut Julian Jessop dari Capital Economics, Bank Dunia, Dunia akan mengalami kemerosotan lebih US3 Trillion atau 4.8% dari GDP dunia akibat sebahagian dari 30% tenaga kerja kekurangan akibat sakit.

Bagaimana pula pekerja yang sakit itu merupakan orang penting dalam syarikat/negara?
Kesannya lebih besar.

H1N1 menyerang tidak mengira bangsa, agama atau kaum. Bukan hanya orang yang makan babi sahaja yang kena, bahkan walaupun kita sering kali mengelak bertembung dengan orang yang mengalami sintum selesema, batuk, demam, tanpa disedari, tangan kita memegang objek yang telah dijangkiti seperti butang lif, pemegang tangga, tombol pintu, bersalaman dengan orang ramai kemudian tangan kita menyentuh mata, hidung atau mulut kita.

Belum ada vaksin yang dibuat secara besar besaran, yang mungkin akan mengambil masa setahun dua untuk disediakan.
Vaksin TamilFlu mungkin boleh diberi kepada orang orang terpilih dan penting, namun ianya tidak boleh diharap 100% berkesan.

Mungkin Vaksin tersebut boleh menyelamatkan CEO sesebuah syarikat, tapi jika 30% pekerja bawahan yang lain sakit, Perusahaan tersebut juga mengalami kesakitan.

Saya percaya, penularan sehingga hari ini, masih di fasa 1, dan tempoh yang lama lagi perlu ditempuh.

Bersedialah untuk menghadapi gelombang kedua yang akan berpanjangan setahun dua ini.

Hindari buat sementara sektor sektor yang mempunyai kesan langung keatas penyakit ini seperti Industri Pelancungan, Perhotelan, MAS, Air Asia, Taman Tema, Pusat Hiburan...

Kesan turut diterima oleh peniaga peniaga kecil pasar malam, peniaga di Komplek membeli belah, Fun Fair, Konsert, Stadium, kerana orang ramai tidak berani membawa keluarga berjalan ditempat tumpuan ramai

Saya juga mengalami pengalaman ini ketika membuka booth jualan di KonvoFest di MMU CyberJaya baru baru ini. Pengunjung yang datang tidak ramai, tidak berani membawa anak/keluarga yang ramai.

Namun, disebalik permasalahan, ada kebaikan kepada pihak yang lain.

Syarikat yang mengeluarkan barang perlindungan dan kesihatan mengambil peluang ini untuk menambah keuntungan syarikat.

Syarikat pengeluar mask, ubat ubatan batuk, selesema, demam, serta turut serta ubat pelindung bakteria, sabun, pencuci tangan, pembersih rumah, bagaikan berperang di kaca kaca televisyen sekarang ini.

Setiap beberapa minit kalau diperhatikan, akan muncul iklan iklan sebegini. Juga turut melonjakkan kutipan iklan oleh stesen TV serta syarikat pengiklanan.

Penyebaran Maklumat juga turut memberi habuan runtuh kepada industri percetakan. Iklan iklan kempen sudah mula banyak dicetak dan disebarkan.

Bila Hospital Kerajaan tidak lagi mampu menanggung jumlah pesakit yang semakin ramai, Tumpuan orang ramai mula beralih kepada Hospital Swasta yang sedia maklum mengenkan caj yang mahal bagi setiap pesakit. Sekarang, Hospital Swasta bukan sahaja pilihan kemahuan bahkan kehendak semasa yang nak tak nak terpaksa.

Farmasi farmasi juga sekarang sangat sibuk, kerana disamping orang ramai datang untuk membeli mask, mereka juga akan membeli produk kesihatan lain. Klinik klinik swasta juga sekarang penuh sesak.

Turut mengambil kesempatan, pengamal ubat ubat tradisional memberi alternatif kepada orang ramai. Penjual buah buahan juga turut menerima tempias. Buah Epal Hijau, contohnya, dipercayai boleh menghindar diri dari diserangi penyakit ini. Begitu juga dengan Bawang Putih.

Terkini, kalau tak silap saya saintis Jepun mengatakan Habatus Sawda atau Jintan Hitam dari Tanah Arab boleh menyembuhkan penyakit ini. Ini diperkuatkan lagi dengan Hadis yang antara lain menyatakan tiada penyakit yang tidak boleh disembuh dengan Habatus Sawda kecuali Maut.

Rakan saya yang juga pengeluar dan pengedar Habatus Sawda menyatakan jualannya naik mendadak dan terpaksa order stok yang berkali kali ganda banyaknya dari Arab.

Kesimpulannya, bersedialah untuk menghadapi keadaan ekonomi yang akan kembali gelap untuk jangkamasa yang agak panjang...

Bayangkan jika satu satu perusahaan seperti Perodua yang mempunyai 7,000 orang tenaga pekerja, 30% sakit, akan dapatke keluarkan MPV terbaru November ini?

Renung renungkan..

Monday, August 3, 2009

Unit Trust: RM10 Billion bakal dilabur




Pada 5 Ogos nih, 10 Billion unit bakal dijual melalui Tabung Amanah AS 1Malaysia.

Seperti tabung tabung yang lalu, aku pasti 10 Billion unit nih bakal habis dijual.

Selepas tuh, Dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bakal memperoleh RM10Billion!!

Kemudian, duit tuh kemana? biarkan aje?

Aku pasti, Pengurus Dana tuh akan segera membeli saham saham di BSKL yang harganya masih rendah sekarang..

Oleh yang demikian, Indek Komposit bakal naik, para pemain open market, tumpuan perlu diberi kepada kaunter kaunter blue cip, terutama yang berkaitan dengan kerajaan.

Apa impak kepada pemegang unit amanah yang lain?

Dah tentu, harga saham bakal naik.. dan nilai NAV semasa juga bertambah..

Sesiapa yang belum melabur.. silalah buat segera, kalau tak... harga akan bertambah mahal..

Fikir fikirkan........