Sunday, January 18, 2009

UNIT TRUST: Alternatif Keadaan Semasa

Ramai orang kat luar kata Market akan jatuh lagi.
Kenaikan awal tahun cuma sementara..
Kalau dah tau nak jatuh lagi... buat apa nak terus melabur? tunggu le harga jatuh lagi...
SOALAN:
Korang tau ke berapa banyak nak jatuh lagi?
Apa betul tunggu dulu sampai jatuh baru beli...
JAWAPAN:
Tak siapa kat dunia ni yang tau berapa banyak Market nak jatuh... bahkan Bomoh Nyang Rapik tuh pun sampai berasap seluruh rumah pun tak dapat jawapan!!
Yang aku tau... bila sentimen orang ramai kata market nak jatuh.... ramai yang nak jual... tak ramai yang nak beli..
Bila ramai yang jual... NAV per unit pelaburan unit trust kita pasti akan turun...
Biar aku cakap lak dari segi teknikal...
Kalau mengikut carta Japanese Candle Stick yang aku buat sendiri.... memang jauh lagi jatuh nye... (ala ala bomoh Nyang Rapik lak aku nih..)
Kalau mengikut kiraan teknikal Fund Manager aku lak... indek akan menguji tahap 750 mata KLCI sebelum lantunan....
Kalau mengikut kata Obama Presiden US lak.... kesan kemelesetan akan terus mengambil masa yang panjang...

PANDANGAN AKU LEE...
bagi yang buat investment melalui Akaun 1 EPF, aku syorkan korang masuk dulu dalam money market.... kalau aku, aku syorkan Syariah Money Market ASM Investment, yang terbaik dari seluruh syariah money market fund kat luar nuh...
Bagi peluang kat aku untuk monitor pergerakan saham nih... korang duduk relax jek.... tok sah risau... Money Market nih ala ala FD kat Bank gak... tak rugi macam melabur dalam stok ekuiti.. selamat!..
Bila aku dapat rasa market nak lantun balik, aku pindahkan (switching) fund dari money market ke dana Al Aiman atau Agresif fund... kalau kena masa nye... insyallah boleh balik modal atau untung berlipat kali ganda dalam kurang 5 tahun!

KENAPA NAK KELUAR GAK EPF WALAUPUN TAU HARGA NAK JATUH?
Kita boleh keluar 20% dari lebihan kiraan dari minimum simpanan dari akaun 1 mengikut umur... SETIAP 3 BULAN SEKALI!
Kalau korang rasa tunggu harga dah cun baru nak masuk.... korang rugi tak dapat maksimakan pengeluaran EPF tuh!
Contoh: jika bulan 11 nanti market menunjukkan akan melantun kembali, baru nak keluar epf... korang cuma boleh keluar 20% sahaja dari baki terakhir.. katakan 20% dari 10,000 = RM2,000.
TAPI.. kalau ikut perancangan, bulan 1 nih korang keluar RM2,000 bulan 5 nanti korang keluar lagi RM1,800 pas tu bulan 9 lak korang keluar lagi RM1,500 jadi jumlah yang dah keluar.. RM5,300...
kalaukan harga bulan 1 tahun depan naik 20% dari harga belian, contoh 1 korang cuma dapat RM400 berbanding RM 1,600 dalam contoh 2..
haaahhh!!! korang fikir fikir kan leee...