Thursday, May 7, 2009

UNIT TRUST: Kenapa ianya lebih stabil


Ahhhh.... lupakan sejenak kekecohan di DUN Perak... mereka cari makan, kita pun cari makan gak...

Pergerakan saham sekarang ni pun dah kecoh... pemain pemain besar dah mula kecoh beli saham tengah murah nih... mereka tak nak kecoh kecoh... sebab dia orang nak dapatkan harga yang tengah murah nih... yang kita nih pulak,... jangan lee kecoh pasal kerja mereka kat DUN Perak tuh... biar lee mereka buat kerja mereka.

Dalam tengah kalut kalut nih.. anda buat duit atau tidak??.. atau hanya khayal layan kerenah hal hal lain.

WAHAI SAUDARA SAUDARA SEMUA... BANGKIT LEE... MASA UNTUK BUAT DUIT SEKARANG!!!!

Dalam sedar tak sedar, dalam orang kat luar dok kata tak boleh nak buat apa, takut nak labur ekonomi tengah teruk, anda tau tak?, kisah seorang client aku nih dah buat untung 9.48% melabur dalam Al Aiman dalam masa kurang 2 bulan??!!!

9.48% kan lebih tinggi dari Dividen yang EPF bagi.. Setuju?
(EPF tahun lepas bagi 4.5% dalam SETAHUN!!)

Kenapa kita perlu labur dalam Unit Trust.
Kita tak ada banyak duit untuk labur dalam saham di BSKL seperti posting dibawah, tapi dalam hati nak gak dapat untung banyak dalam diam(pasif income).

Unit Trust nih kerja dia, kumpul duit orang ramai... bila dah kumpul tu.. Pengurus dana boleh le beli saham saham yang mahal dan berpotensi tinggi yang mana orang biasa macam kita nih... tak tahu dan tak mampu.

Bila dapat beli banyak kaunter, risikonya dapat diagihkan.
Seperti contoh posting dibawah, dalam 4 saham terpilih, 3 untung dan 1 rugi... maka, kaunter yang untung dapat menyerap kerugian 1 kaunter tadi...
Bukan kah ini akan jadikan ianya lebih stabil?
Bagi kita yang bukan pakar dalam urusan jual beli di Bursa Saham, melabur dalam Unit Trust adalah pilihan yang amat tepat.

Lebih lebih lagi adalah SEKARANG ADALAH MASA YANG PALING TEPAT UNTUK MELABUR!

Jika ada duit lebih, Laburlah dalam Al Aiman untuk tempoh sekurang kurangnya 3 tahun
Jika ada simpanan EPF, Buatlah pengeluaran mengikut had kelayakan setiap 3 bulan (tanpa keluar satu sen pun duit poket)
Jika mahu simpan sikit sikit, Potonglah gaji setiap bulan serendah RM50, sehingga anda pencen, dah lihatlah perkembangan duit anda ketika itu.

HUBUNGI LAH SAYA SEGERA SEBELUM HARGA TERUS NAIK..

5 comments:

Yusoff Zaky Omar said...

Lan aku dah bagitau pasai hang kat CM Ng dan Simon Thompson.

Baca post aku terbaru... aku nak tau boleh jumpa di kl 15, 16 dan 17 hb Mei ni.

Penting sangat-sangat.

Join gang aku ni.. network twentyone.

Amway hanya vehicle saja sebab itu saja yang semua dapat buat..jadi distributor RM85. Kita ada support team satu dunia, sistem kita sendiri, manual dan education sebab team kita mesti kukuh.

Kalau hang buat Amway hang macam jual burger tepi jalan tapi dengan network twentyone macam buka burger mc donald.

Harap2 hang faham.

roslan said...

Yusoff,
aku setuju nak main cash flow game tuh...
tang nak join network twentyone nih aku kena fikir dulu yek... aku ada masalah besar ngan duit sekarang nih..
lebih lebih lagi nak jual produk Amway ngan cari networking..
memang kelemahan besar aku.
Satu lagi kelemahan aku ialah aku tak reti cakap orang putih..
RM200 bagi aku sangat besar sekarang nih.. harap hang faham..
Aku akan join bila dah sedia.

Yusoff Zaky Omar said...

No problem Lan.. aku faham. Modal bukan kata nak pi seminar, buku, cd, kelas. Bab nak cari networking itu tak masalah dengan network twentyone sebab dia bukan sistem macam yang hang sangka. Satu lagi nak jual produk pun bukan masalah sebab network twentyone tak buat macam tu... Hang nak jual produk ka? Nak buat direct selling boleh jugak untung cepat. Kita sama-sama satu dunia guna produk.. bukan jual beb. Sebab sistem depa ni bina 1 kaki saja sampai kukuh secara tolong menolong.

Komen hang kat blog aku tu terima kasih sebab aku nak cari builder bukan connector dalam network twentyone bukan Amway. Aku nak yang bersemangat sebab aku saja melayu dengan 2, 3 orang lagi di sini. Amway distributor banyak tapi bukan dalam team ni. Aku tak mau dikaitkan dengan Amway sebab Amway hanya vehicle saja.

TQ komen hang nampak respon yang baik dengan game tu.

Sekali orang pi game tu baru dia tergedik-gedik merayu minta jadi team member.

Teruskan support.

Anonymous said...

I will not approve on it. I think precise post. Particularly the designation attracted me to review the whole story.

Anonymous said...

Amiable post and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.