Wednesday, May 6, 2009

SAHAM: Naik naik... tapi tak banyak

Dah masuk hari ke tiga, aku tak dapat monitor sepanjang hari. Akibatnya "jualan paksa" dilakukan mengikut "harga penutup" hari ini.

Jualan paksa berlaku apabila selepas 3 hari pembelian, (T+3) pelabur mesti membeli saham tersebut untuk simpanan atau terpaksa jual jika gagal membayar. (dalam kes ni RM38,520)
OK... selepas 3 hari, berapa "untung" atas angin?... (Duit deposit sebelum pembelian dibuat tidak dikeluarkan..)
"Target" asal adalah untung 5%, tapi akhirnya cuma dapat purata 1.7% sahaja bernilai RM660.00

Kalau kita bandingkan prestasi Bursa Saham lak, pada penutup 30 Apr, 990.74 mata. Penutup hari ni lak, 1023.96, naik 33.22 mata atau 3.35%
Kalau cam tuh... kira pulangan "pelaburan" aku kurang lee dari tanda aras BSKL...

Apa yang silap?

Gamuda berjaya mencapai target 5%
Proton lak rugi 1.3%
Proton nampaknya tak boleh pergi jauh lagi, kaunter lain buat untung, dia lak rugi...
Gamuda je lee yang selamatkan keadaan.

Aku mungkin tersalah pilih kaunter. Aku masukkan kaunter Tenaga yang mana pergerakan nya sedikit demi sedikit, bukan macam kaunter kaunter spekulasi seperti TimeCom.

Kaunter kaunter yang pilih kali ini adalah kaunter kaunter yang selamat. Kalau pun Market bertongkah arus, Tak rugi sangat... tapi bila untung, tak untung sangat.

Aku sengaja tak ambil Kaunter Axiata dan Timecom. kalau aku "beli" kaunter tersebut, aku boleh "untung" 8% dan 7% dalam masa yang sama diatas.

Dari sini dapatlah kita mempelajari bahawa Pembelian kaunter yang banyak, dapat mengurangkan risiko kita. Dalam kes ni, 3 kaunter naik berbanding 1.

Begitulah juga peranan Unit Trust, dimana ramai yang tak mampu mengeluarkan modal RM38,520 seperti ini, tapi bila dikumpul ramai ramai, kita mampu untuk mendapat lebih banyak kaunter kaunter yang kukuh untuk mengurangkan risiko pulangan kita.

No comments: