Wednesday, October 21, 2009

Unit Trust: Tahniah kepada pelabur awal tahun !!

Aku baru balik dari buka kaunter di Perodua.

Setelah sekian lama berehat, aku kembali bertemu rakan rakan pelabur unit trust yang telah melabur melalui aku.

Ramai juga yang datang bertanyakan perkembangan pelaburan mereka.

Alhamdullillah, kesemua merasa senang hati apabila melihat kenaikan pelaburan mereka diantara 9 - 18 % dalam masa 4 hingga 7 bulan pelaburan sahaja !!

Strategi yang aku aturkan untuk mereka nampaknya menjadi. Ada juga diantara rakan rakan pelabur yang menambah pelaburan menerusi potongan gaji selain potongan epf !! Tahniah!!

Kepada para rakan pelabur yang melebihi 15% keuntungan dalam masa kurang 9 bulan ini, aku akan perhatikan dengan lebih teliti kepada akaun akaun ini. Bila masa yang sesuai kelak, aku akan syorkan penjualan balik dan segala modal dan keuntungan dimasukkan balik ke akaun 1 kwsp.

Pencapaian yang baik ini dijangka berterusan sehingga hari Jumaat ini (pembentangan Bajet 2010) dan rally akan berterusan sehingga penghujung tahun (window dressing) selepas mungkin akan berlaku pembetulan teknikal akibat pengambilan untung.

Dijangka suku tahun pertama 2010 akan terus memperlihatkan mementum kenaikan sehingga Tahun Baru Cina.

Untuk jangka masa panjang, harga terkini masih dianggap murah.

Bagi aku, jika sebelum kejatuhan ekonomi dunia, indek KLCI mencecah 1600 mata, ketika ini 1290 mata. Masih terlalu jauh untuk kita mengaut keuntungan Maksimum !!

Teruskan pembelian bila genap 3 bulan pengeluaran EPF dibuat... Disamping menikmati kenaikan harga, dividen, anda juga dilindungi Takaful yang bernilai 2X ganda pelaburan sekarang (harga terkini RM0.5113 seunit).

Hahh!!! apa tunggu lagi... laburlah sekarang sebelum terlambat !!

TAHNIAH kepada pelabur yang berani menyahut cabaran pada awal tahun ini.

1 comment:

rosly said...

Saya memang sependapat dengan Roslan . Terus membuat pelaburan dengan perunding pelabur anda ...Keuntungan bukan datang melayang abang2 semua...kena ada sistem dan strategi....tunggu apa lagi hubungi saya , Rosly di di talian 019-2307502