Monday, March 23, 2009

KLCI akan jatuh 800 mata?

PASARAN EKUITI:
Pada masa artikel ini ditulis indek komposit telah meningkat 9 mata dari penutup sebelumnya. tinggal beberapa minit untuk tutup sessi pagi, dan tak sampai 24 jam lagi untuk perhimpunan agung UMNO...
aku memang jangkakan indek akan naik sikit menjelang perhimpunan tu... soo aku tak heran kalau 4 hari berturut turut nampak kenaikan mata... soalan nya... mampukah trend kenaikan ni berlarutan selepas perhimpunan?
bagi aku lee... kalau aku ada beli mana mana kaunter 2 atau 3 hari yang lepas semasa indek dalam lingkungan 840- 850, aku akan jual bila indek cecah 870 hari nih... sekarang indek 865.93 naik 1.05%...
Aku kata begitu kerana bagi aku pasaran mungkin akan menguji tahap sokongan 880 mata... kalau lepas... maknanya lantunan telah bermula... tapi kena tengok volume gak... kalau kalau naik pun volume tak kukuh... jatuh gak...
Kalau dalam jangka masa panjang... aku rasa KLCI akan mula jatuh balik.... kali ni akan menguji tahap sokongan 800 mata... sebab kat NYSE pun tak kukuh lagi beb!!!
kalau ekonomi US tak kukuh... dunia pun tak leh ke mana!!! kita ni lak, eksport ke US tuh percentage dia tinggi gak!!.. kalau ekonomi kita kuat sekali pun... hasilkan produk... pas tu nak hantar kat US... diaorang nak beli kee???
Bagi aku... ambil kesempatan bila ada kenaikan sikit nih... dah ada untung sikit.. lepaskan segera!!

Wednesday, March 11, 2009

nak buat bisnes ke nak main saham?

Ehmmmm... tengah hari tadi member aku kata loan dia dah nak approve.. RM 4 juta!!
tapi bila tengah gawat nih... dah dapat duit takut lak nak teruskan apa yang dirancang... dengar dengarnya kontrak yang sebelum ni nilainya tinggi.... dah dikurangkan... cukup cukup untuk tampung overhead jek... itu pun kalau boleh supply kuantiti yang diperlukan mengikut jadual..
Dia bercadang nak pelbagaikan bisness dengan duit tuh... kalau harap satu projek tuh jek.. jawabnya tak boleh hidup... nak buat bisness apa masa gawat nih?...
Member aku tu minat nak buat trading supply barang kat gomen... sebab katanya gomen jek yang ada duit sekarang nih!!... aku cakap dalam hati... semua kontraktor pun kata gitu... senang kee nak dapat projek???
semalam Dato' Najib bentang mini bajet 40 Billion... aku rasa banyak disalurkan pada GLC... untuk redakan kejatuhan saham KLCI dan untuk mengurangkan tekanan para pekerja yang dibuang... ini semua bersifat sementara...
Ramai analisis mengatakan KDNK menguncup awal tahun nih... suku tahun ke empat tahun nih baru nampak perubahan...
Kalau dikira kira... sesuatu bisness perlu bertahan 24 bulan sebelum peroleh keuntungan... boleh ke member aku bertahan???
Kalau RM4 juta labur dalam saham macammana?
Pinjaman tuh interest dia 4%... kalau simpan personal dalam ASB maksimum RM200,000 boleh dapat 7% setahun... lebihnya masuk ASW tiada had maksimum dapat 7% lagi setahun...
kalau duduk diam... tak payah buat bisness.... ada lebih 3% setahun...
3% dari RM4 JUTA = RM120,000
SEBULAN GAJI= rm10,000 cukup?