Monday, March 23, 2009

KLCI akan jatuh 800 mata?

PASARAN EKUITI:
Pada masa artikel ini ditulis indek komposit telah meningkat 9 mata dari penutup sebelumnya. tinggal beberapa minit untuk tutup sessi pagi, dan tak sampai 24 jam lagi untuk perhimpunan agung UMNO...
aku memang jangkakan indek akan naik sikit menjelang perhimpunan tu... soo aku tak heran kalau 4 hari berturut turut nampak kenaikan mata... soalan nya... mampukah trend kenaikan ni berlarutan selepas perhimpunan?
bagi aku lee... kalau aku ada beli mana mana kaunter 2 atau 3 hari yang lepas semasa indek dalam lingkungan 840- 850, aku akan jual bila indek cecah 870 hari nih... sekarang indek 865.93 naik 1.05%...
Aku kata begitu kerana bagi aku pasaran mungkin akan menguji tahap sokongan 880 mata... kalau lepas... maknanya lantunan telah bermula... tapi kena tengok volume gak... kalau kalau naik pun volume tak kukuh... jatuh gak...
Kalau dalam jangka masa panjang... aku rasa KLCI akan mula jatuh balik.... kali ni akan menguji tahap sokongan 800 mata... sebab kat NYSE pun tak kukuh lagi beb!!!
kalau ekonomi US tak kukuh... dunia pun tak leh ke mana!!! kita ni lak, eksport ke US tuh percentage dia tinggi gak!!.. kalau ekonomi kita kuat sekali pun... hasilkan produk... pas tu nak hantar kat US... diaorang nak beli kee???
Bagi aku... ambil kesempatan bila ada kenaikan sikit nih... dah ada untung sikit.. lepaskan segera!!

No comments: