

Maaf le kalau aku terlampau obes ngan Proton berbanding ngan saham lain.
Tapi untuk sehari dua nih, marilah kita fokus pada saham proton nih dulu.
Semalam semakin jelas, apa yang Proton maksudkan perubahan era baharu.. perubahan yang bakal mengubah proton sebagai pengeluar segmen kereta tradisional kepada era berkonsepkan global dan mesra alam.
kereta hybrid yang direkabentuk oleh GIUGIARO menggunakan enjin kecil dibonet hadapan kereta untuk caj bateri yang terletak di bawah tempat duduk belakang penumpang. Dan kereta itu akan digerakkan sepenuhnya dengan kuasa elektrik.
Rekabentuk kereta itu yang seakan Smartforfour lebih pendek dari Savvy tapi lebih luas didalamnya... dan dalam press release mengatakan luas tempat letak kaki bersamaan ngan SUV!
didatangkan dengan 4 tempat duduk yang boleh diubah ubah kedudukannya...
Jika ini jadi realiti untuk dikomersialkan tahun hadapan, kedudukan Proton akan setaraf dengan pengeluar kereta utama dunia.
Dan bukan hanya model ini sahaja, tapi "sekeluarga" model seperti ini bakal dikeluarkan.
So... jika korang memang anti Proton. Lupakan sejenak... berfikirlah sebagai pelabur...
jika korang tidak mahu melabur dalam Proton sekarang... hak korang le... tapi percayalah... pelabur luar bakal masuk dan beli semasa harga murah nih!!!...
Dan syarikat gergasi dunia akan kembali mengesel di kaki Proton untuk membeli ekuiti syarikat!!!
Kemungkinan besar aku silap... tapi gerak hati aku kuat mengatakan masa depan Proton cerah.
Dua tiga hari nih, BSKL jatuh, pada 2 Feb lalu aku "beli" olok olok saham Proton dengan harga RM3.97 dan Jumaat lepas naik ke RM4.00... volume kecil sangat...
Mungkin Bulan Mac naik kot... jom kita tengok..
PENDAPAT AKU: BELI semasa harga cantik nih dan simpan dan lihat perkembangan dalam setahun dua.
Peergghh! mengiurkan.