Monday, February 1, 2010

Saham: Hint Harga Saham Proton


Dalam Paper Berita harian online hari ni, terdapat hint yang mungkin boleh menaikkan harga saham syarikat tersebut.

Perlu diberi penekanan antara lain:

1. Hero Group adalah pengeluar motorsikal terbesar di India dan salah sebuah pengeluar motorsikal utama dunia dengan pendapatan AS 4 BILLION setahun.

2. kerjasama dari segi perkongsian teknologi, rangkaian pengedaran dan penyewaan kemudahan pengeluaran

3. Proton akan mengeluarkan kenderaan dengan jenama bersama atau memasarkan kereta nasional di India.

Diketahui di Malaysia, Proton tidak boleh mengeluarkan kereta berkapasiti kecil yang dipegang oleh Perodua.
Mungkinkah akan terciptanya kereta yang bersaiz dan berkapasiti kecil dikeluarkan dengan kerjasama dengan Hero Group?

Dengan rangkaian pengedaran dan servis centre yang meluas dikuasai oleh Hero Group diIndia, dan kemudahan kilang pengeluaran yang canggih milik Proton di Tanjung Malim serta kemudahan R&D rekabentuk kereta di Proton Shah Alam bergabung akan memungkinkan satu lonjakan jualan yang menguntungkan kedua pihak?

Aku terfikir mungkin kerjasama ini akan menghasilkan satu kereta saingan Nano kelak.

Jika ini terjadi... selamat tinggal Nano.

Mungkinkah kenaikkan volume saham Proton pada 20 Jan lepas ada kaitan?

Pendapat aku: elok beli dan simpan ketika pembetulan teknikal sehari dua nih.. sebelum Mac!

Berita Harian Online
p/s: untuk memperkuatkan lagi pentingnya kerjasamasa ini, ikuti kata Syed Zainal dalam Business Times 2 dec lepas..


No comments: