Wednesday, April 7, 2010

SAHAM: Mencari saham murah yang berpotensi


Terima kasih kepada saudara Mirul atas sudi bersembang ngan aku di facebook.

Satu persoalan dari Mirul,
Saham murah yang mana yang berpotensi?

Jawapannya subjektif.. yang murah biasanya saham tu tak perform, tadak untung bertahun tahun, banyak hutang ngan along....

tapi ada juga yang sahamnya murah, tapi berpotensi tinggi..

contohnya IRIS (0010)
IRIS CORPORATION BERHAD

Harga penutup hari ni- RM0.16
Jumlah dagangan - 293194 (ke 4 tertinggi bertukar tangan hari ni )

Kenapa IRIS?
1. Harganya cuma RM0.16, paras terendah RM0.15 dalam 3 bulan terakhir, paras tertinggi RM0.18 dalam tempoh yang sama
2. Dapat kontrak RM115.2 juta di spain... detail:
http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20100407/tbs-indra-iris-awarded-rm115-2m-prasaran-ceeeaba.html
3. untung bersih sebelum cukai setakat 31 Dec 09 naik 100%! dari RM15.8 juta ke RM30.5 juta! dalam syarikat lain rugi tahun lepas!

serba ringkas kajian atas IRIS....

esok, parking harga RM016... kalau dapat lee...

2 comments:

sapekuluk said...

Roslan,

Kome main saham kat online trading?...pakai mana satu?...Jupiter?....SapuraCrest de layan?....SapuraCrest look very promising tuh

Kulop

ROSLAN said...

online trading caj dia lagi murah sikit dari pakai remiser... tapi aku masih pakai remiser bank islam securities.. sapuracrest? ehmm.. nanti kita bincang bersama..