Thursday, June 17, 2010

UNIT TRUST: Mengapa Pendapatan Dana Al Aiman lebih tinggi dari ASB


Dalam posting yang lepas, aku mengatakan bahawa dividen Dana Al Aiman adalah 6.27%.

Dan aku katakan jua yang ianya lebih tinggi dari Pulangan yang ASB Bagi, 7.30%

Pelik? Jom kita kaji kes sebenar...

ASB> Harga belian RM1.00, Harga jualan RM1.00
Dana Al Aiman> Harga belian 17 Jun 10 : RM 0.4924

S: Eh! Kalau dah ASB Harga RM1, Kan lebih besar dari Harga Al Aiman?
J: Benar, tapi, kalau kita beli pada harga yang rendah, bukan je kita dapat Dividen, tapi dapat kenaikan harga...
contoh benar:

En. Muhammad, client aku beli Dana Al Aiman pada 24 Mac 2009 dengan harga RM 0.4578.
Jumlah unit yang diperoleh sebanyak 2,226.78 dengan modal 1,019.42

Hari ni, dengan unit 2,226.78 jumlah simpanan Muhammad : 2,226.78 (jumlah unit) x RM0.4924 (harga hari ni) = RM1096.46

S: so, untung Muhammad ialah RM1096.46(harga semasa) - RM1019.42(modal) = RM77.04 atau 7.56%?
J: Hampir tepat!
Ini kerana pada Mei 2010, Dana Al Aiman telah membayar RM0.0295 setiap unit
bermakna Muhammad telah mendapat RM0.0295 x 2226.78 (jumlah unit) = RM 65.69
Jumlah sebenar diperoleh oleh Muhammad jika dijual pada hari ini adalah:
RM1019.42 (MODAL) + RM77.04 (KENAIKAN HARGA) + RM65.69 (DIV) = RM1162.15 atau untung 14.00% !!!

Dalam kes Muhammad, timming beli adalah kunci untung besar!
So, mana untung 7.30% atau 14.00%? (dalam masa 15 bulan pelaburan)...

Fikir fikirkan...
Kenapa pilih yang Harus? jika Dana Syariah lebih baik?




No comments: