Saturday, January 16, 2010

saham: "parking" harga sebelum urusniaga

Letak sesuatu harga beli/jual sebelum waktu urusniaga aku namakan "parking" harga.

Selalu gak aku buat macam ni pada tahun awal 90an dulu. Waktu tu saham BSKL sangat aktif... ramai orang sanggup duduk berjam jam kat broker saham daripada pergi kerja.. sesak yang amat...

masa tu komputer online tak de lagi... kalau nak tau perkembangan harga saham, kena pagi pagi beli paper... masa tuh utusan malaysia pun 2 muka penuh senarai harga saham, nak tepat lagi, kenalah pergi ke tempat broker saham.. namapun pasar... bisingpun macam pasar... bila dah kumpul ramai ramai, kita jadi terdorong untuk membeli beli tengok ramai yang beli... walhal kita langsung tak tau kaunter tuh buat aktiviti apa! Panas hati gak bila dengar pagi beli, petang jual dah dapat untung! kita pun ikut leee.... akhirnya, aku malas nak cerita..

aku lak, memang sibuk le kerja... tak de masa nak monitor.... apa aku buat, setiap pagi aku beli paper sebelum pukul 9, beli buku graf buat japaness candle stick pergerakan KLCI... tak cukup satu muka surat, aku sambung pakai pita pelekat akhirnya 6 bulan pertama, dinding rumah sewa aku penuh ngan graf!

Pukul 8.50 pagi, beberapa minit sebelum waktu urusniaga, (biasanya remiser dah masuk dah) aku call remiser aku, "parking" harga saham beli atau jual... dah confirm, dia akan masuk q.. jadi kita antara yang terawal booking harga tuh...

pernah dengar "force selling/buying"? kalau dah lebih 3 hari, tak bayar penuh harga saham tuh, dia orang akan buat jualan/belian paksa pada awal pagi...

katakan siA beli saham SIME pada harga RM9.20 tiga hari lepas, kononnya nak buat contra...
pas tuh masuk hari ke 3 duit tak cukup nak ambil dan simpan, kalau jual lak harga dah jatuh RM8.98... JAWABNYE hari ke 4 kena jual le dengan berapa harga sekali pun...(kita tak boleh kontrol)..

Ok, kalau ada orang nak beli SIME pagi ke 4 pada harga RM8.90 (WALAUPUN penutup RM8.98) saham si A tu dijual dengan harga RM8.90... kih kih kih KESIAN...

jom kita main beli saham olok olok.... hari jumaat lepas, penutup SIME RM8.98, andaikan kita guna taktik nih... pada setiap hari sehingga kita dapat harga RM8.90... SELAGI tak dapat, tok sah beli!...

kita boleh peratikan walaupun harga buka dan penutup tak dapat capai RM8.90, TAPI KENA INGAT, mungkin ekor bawah (harga menurun akan lepas bawah RM8.90 SEBELUM naik...)

JOM KITA MAIN...

No comments: