Monday, March 8, 2010

SAHAM: 11% kenaikan harga saham Proton dalam 34 Hari!!!

Seperti dijangka, Harga saham Proton akan meningkat pada bulan Mac.

Tidak sampai 6 hari selepas pelancaran kereta konsep Hybrid terbaru Proton, Proton EMAS , sahamnya terus melonjak.

Hari ini sahaja dalam masa 1 jam 15 minit dagangan dibuka, telah naik 6.0 % dari harga penutup Jumaat lepas!

Ini secara automatik mengesahkan pendapat aku ketika itu, 2hb Feb, untuk "beli" pada harga RM3.97.

Ketika ini harganya telah meningkat sehingga RM4.43 (setakat 10:15 pagi, 8 Mac 10) dengan margin sebanyak 11.6% dalam masa 34 hari!

Lihat jadual diatas.

Kalau masih simpan saham tersebut sejak 16 jul tahun lepas, tok sah cakap le..

dah untung lebih 60% tak sampai pun setahun!

Masih ragu dengan Proton? Masih suruh Proton tutup kilang?

Fakta tetap fakta..... malangnya ada gak fund manager yang ragu ngan kaunter nih...

ehmmm... entah leee... korang lagi teror...

No comments: