Tuesday, March 2, 2010

SAHAM: Tarikh penting buat PROTON - 2 Mac 2010


Masih berkisar dengan saham Proton.

Hari ni 2 Mac 2010 hari yang penting buat PROTON.

Kereta Hybrid diperkenal di Geneva International Motor Show, permulaan untuk menakluki dunia.

Tapi, aku rasa hari ini lebih dari itu.

Mungkin kesempatan ini Proton akan mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat pengedar dunia yang lain.

Mungkin juga pengumuman untuk bertapak di India.

Pasaran yang besar dalam dunia permotoran.

Mungkin perlantikan Behara Venkata Rama Subbu (gambar atas, bekas presiden Hundai Motor India) ada kena mengena dengan pelan pengedaran model Proton di India?

Apa pun, hari ini adalah detik perubahan jualan yang % besar domestik kini akan beralih % besar ke pasaran luar.

Tahniah Proton.

Tak berbaloi beli saham Proton?

Terpulang.

Tapi, sejak 10 feb lepas dengan harga seunit RM3.97, pada waktu ini (10:45 pagi) harganya naik ke RM4.05 dengan margin 2% dalam masa 20 hari.

atau, sesiapa yang beli pada 16 Julai tahun lepas, dengan harga RM2.70, dalam masa kurang 7 bulan telah naik 50%!!!

No comments: