Tuesday, June 16, 2009

SAHAM: KLCI kena berehat!!

Terkini(4): 7:40 23jun 09- Indek telah turun dari 1050 mata ke 1045 mata penutup 22 jun 09. Nampak gaya indek akan terus menguji penanda aras kedua pada 1030. Kemungkinan besar pasaran hari ini akan terus menurun. Kalau ada geng yang nak masuk market, tunggu....
Terkini(3): 9:00 19Jun 09- Penutup semalam 1054. support level pertama 1050. jika bertahan mungkin boleh lantun balik tapi bila pecah, suport level kedua 1030.
Terkini(2): 11:40 18 jun 09- Indek komposit meneruskan aliran turun setelah berkurangan 34 mata sejak posting ini dibuat. 1091 - 1057. Jika volume hari ini lebih banyak dari semalam (1.35Billion) ini merupakan hari kedua saham turun dengan volume yang meningkat.. apa terjadi? Tunggu...
Terkini: 10:15am 16jun09- Market jatuh 15 mata dengan volume melebihi 300 juta hanya 1 jam dibuka... kalau sesiapa yang main saham bskl, tentu tentu ada yang dah mula kurang nilainya... bagi pelabur unit trust lak, tak kesah kalau setakat jatuh 15 mata, target jangka panjang akan lebih 400 mata...

16hb Jun 2009

Pendapat aku memang bertentangan dengan sebilangan besar pakar ekonomi.

Bagi aku, KLCI dah sepatutnya berehat sikit setelah penat naik sehingga 30% dari paras terendah tahun ini pada Mac.

12 Mac- 838.39, 12 Jun- 1090.15

Mungkin ramai pelabur marah ngan aku, tapi aku rasakan ianya patut berehat sikit kerana kenaikan yang berlaku TIDAK MENUNJUKKAN KEADAAN EKONOMI SEBENAR.

Berehatlah sebulan dua nih.... sebelum naik balik dalam suku tahun keempat tahun ini.

Turunlah sikit ke paras 900 - 950 mata sebelum naik balik ke paras lebih 1300

Biarlah ianya turun balik 15 - 20% sebelum kita dapat maksimumkan pulangan sehingga lebih 50%

Aku berpendapat biarlah berehat sikit dari naik lepas tuh terus terjun bangunan.....

Jom sembang...

No comments: