Thursday, June 11, 2009

Unit Trust: Dana Mutiara, mutiara yang terlepas pandang


Dana Mutiara, merupakan salah satu dana syariah yang ditawarkan oleh ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD, pada awal penubuhannya ditumpukan kepada kaum wanita, namun ianya terbuka kepada sesiapa sahaja.

Perbezaan Dana Mutiara berbanding dengan Dana Al Aiman adalah komponen komponen saham yang terkandung didalamnya merupakan kaunter kaunter yang dipercayai boleh memberi pulangan/margin yang lebih tinggi mengikut situasi pasaran semasa.
Manakala Dana Al Aiman bertumpu kepada kaunter kaunter yang berasaskan fundamental atau blue chip yang teguh dan mampu memberi dividen setiap tahun.

Perlindungan Takaful Dana Mutiara mengikut NAV harian, bermakna semakin tinggi nilai NAV semakin tinggi nilai perlindungan, begitu juga sebaliknya.

Disamping itu kelebihan perlindungan takaful Dana Mutiara adalah ianya juga melindungi penyakit kanser pelabur walaupun pelabur sedang menghadapinya. Separuh Nilai perlindungan boleh dikeluarkan untuk kos perubatan dan separuh lagi disimpan untuk kes kematian atau cacat ilat.

Ianya berkuat kuasa setelah genap setahun pelaburan, dan tertakluk pada syarat dan terma.

Kita lihat prestasinya berbanding Dana Al Aiman:

(kita jejak pergerakan harga dana sejak 12 Mac 2009.)

Dana Al Aiman:
harga 10 Jun (RM0.4862) -harga 12 Mac (0.4557) + Agihan (0.0279)/(0.4557) = 12.82%

Dana Mutiara:
harga 10 Jun (RM0.3682) -harga 12 Mac (0.3132)/(0.3132) = 17.56%

Dalam tahun 2005 -2007, semasa indek meningkat, Dana Mutiara sememangnya menjadi pilihan kerana margin kenaikannya yang tinggi, namun pada 2008, kadar peratus kerugian pula yang tinggi.

Mulai sekarang, saya akan menumpukan pula kepada Dana Mutiara kerana pasaran akan mula bergerak naik, Memungkinkan margin keuntungannya yang lebih tinggi dari Dana Al Aiman dalam tempoh 3 tahun.

Saya berterima kasih kepada Zulkarnaien kepada menyedarkan saya kepada kenaikan ini bila beliau bertanyakan kewajaran penjualan Dana Mutiara client beliau telah telah mencecah lebih 15% sejak dilabur Desember lepas (6 bulan), (yeild tahunan: 30%... WOOWWW!!! TAHNIAH)

Sila perhatikan pergerakan Dana Mutiara (berwarna kuning diatas) berbanding Dana Bestari.. nampaknya gap semakin kecil dan kebarangkalian besar tak lama lagi melebihi harga Dana Bestari.

Posting akan datang, kita kupas komponen saham yang terkandung dalam Dana Mutiara ini.

Apa lagi... laburlah sekarang, jangan tunggu!! jangan asyik tengok orang lain raih keuntungan!! bertindak segera... sms kepada aku...013-3025748

bersembanglah dengan aku.

Selamat melabur............





No comments: