Wednesday, June 3, 2009

saham: tak semua dirancang menjadi kenyataan

Setelah genap 9 hari bekerja, akhirnya indek komposit telah meningkat ke paras 1060 mata seperti dijangka.

Namun, sebaliknya, 2 kaunter pilihan aku tidak menampakkan peningkatan setara dengan kenaikan IK.

Agak mendebarkan juga kerana sehari selepas pembelian (21 Apr) indek telah turun sehingga 1030 dari penutup 1045.. alamak! naluri aku salah ke kali nih?

Pelajaran yang kita peroleh kali ini adalah tidak semua kaunter sama naik dengan kenaikan indek komposit.. elok kita bermain kaunter kaunter yang terkandung dalam 100 kaunter IK untuk mendapatkan impak sebenar kenaikan... yang penting pastikan kaunter yang dipilih itu kaunter syariah!

IK naik 1.44% sepanjang tempoh tersebut berbanding aku "rugi" 3.80%

Agak terkejut gak aku Dana Mutiara naik 1.46% dalam masa yang sama!

(Prestasi Dana Mutiara perlu dinilai dengan perubahan Indek Syariah BSKL, bukannya dengan IK. Lepas nih kita analisa Dana Mutiara lak... nampak Dana nih berpontensi nih!!)

Bermain dengan pasaran terbuka nih, kita mesti sentiasa berwaspada setiap saat, tak boleh alpa... dalam kes nih, aku tak monitor betul betul, aku terlepas pandang signal gravestone doji pada kaunter axiata pada penutup 21 Apr 09. Akibatnya, kaunter tersebut terus rugi!

Jantung kita kena kuat hadapi tekanan, kadang kadang berdegup kencang bila tiba tiba harga saham jatuh menjunam... kalau tak berani... jangan...

Sekali lagi aku ingatkan, kalau tak ada masa, jantung tak cukup kuat, bermainlah dalam unit trust. labur, tidur lah dengan lena, lihat kenaikannya dalam masa 5 tahun ke atas...

No comments: