Monday, April 27, 2009

Saham: Aaarrggghhhh!!! Paniccc...Paniccc!!!

Jangkaan tersasar jauh....
Aku jangkakan hari ni saham teruskan mementum kenaikan... namun meleset sekali...
Pagi tadi masa dibuka... naik sikit.. sekarang pukul 11:45 pagi... indek menjunam 15.31 mata!!
Alamak... aku dah mula panic... aku rasa pemain saham kat luar tu pun panic gak...
Mungkinkah ini puncak setelah naik 2 minggu nih ?
Mungkinkah esok lusa akan terus jatuh?
Aaarrggghhh!!! malas nak fikir... aku ambil keputusan untuk "jual" saham Axiata dan Sime pada harga RM2.09 dan RM6.50 masing masing...
Rugi RM0.01 dan RM0.15 dari harga Jumaat, tapi aku masih "untung" 11.30% hasil "penjualan" tuh dalam tempoh masa 1 bulan!!
Aku perati lak Volume pagi ni luar biasa... dah 1.2 Bilion jual beli saham... macam player besar nak ambil untung jek...
Aku tak peduli... aku "jual" jek dua saham tuh walaupun ada "untung" sikit... puas hati... kalau lepas nih nak naik lagi... naik lah... aku buat keputusan tunggu dan lihat...
Mungkin kejatuhan nih ada kena mengena dengan Selsema Khinzir sama macam krisis kewangan semasa Selsema Burung tempoh hari...
Usah peduli apa sebabnya... bagi aku, kenaikan ni dah maksimum dengan keadaan ekonomi yang realiti... kena turun gak...
Sempat gak aku semak harga saham Proton... semasa aku jual harganya RM2.78 paling tinggi boleh pergi RM3.20 sekarang dah turun sikit jadi RM2.85... mungkinkah dia boleh turun bawah RM2.78?...
Inilah dinamakan jualan Panic... Panic sebab takut harga saham akan terus menjunam.....

No comments: