Monday, April 20, 2009

Saham: AMARAN!! Jangan Sangka Panas Sampai Ke Petang!

Kalau kita tengok cuaca sekarang ni, pagi cerah, tapi bila petang dah hujan...

Macam tu lee jugak main saham nih... jangan sangka kalau dah naik banyak tuh tak reti reti nak turun... macam kita gak... dah penat berlari, mesti nak relax jap... tidur jap... kemudian kalau nak berjalan balik ke.. nak berlari kee... kena rehat jap dulu...

Orang tua selalu berpesan, berhenti makan sebelum kenyang... tapi orang kita kalau makan buffet... makan sampai muntah!!..

Kita lihat fenomena gempa bumi... setiap kali berlaku gempa bumi akan ada lagi gerakan tanah menyusul selepas itu...

Ingat tak lagi kejadian Tsunami dulu... 2/3 hari sebelum kejadian, nelayan senyum sampai ke telinga bila dapat rezeki banyak... ikan tak semena mena banyak.. entah datang dari mana... kemudian musibah melanda... gelombang pertama yang disangka telah berhenti... sampai air surut jauh ke tengah laut... kemudian datang balik gelombang kedua yang jauh lebih jauh memusnahkan harta benda tanpa disedari...(aku terdengar berita di Terengganu orang ramai gembira dapat sotong banyak terdampar ke tepi pantai..tapi aku lak takut bila dengar..)

Anggap lak gelombang kenaikan saham baru baru nih sebagai gelombang pertama... kita harus sedar bahawa kenaikan ini bersifat sementara sahaja... aku lihat banyak aspek luaran yang tidak dapat menyokong kenaikan ini berterusan... di US sendiri... keadaan masih belum stabil... jangan sesekali bersifat tamak.... main saham perlu ada sifat peka kepada alam sekeliling... Masa untuk masuk dan keluar mempengaruhi untung atau rugi pelabur... Jika tak sanggup "monitor" setiap masa perkembangan saham ni... labur aje duit dalam unit amanah!! lebih senang dan tak berisiko tinggi...

Seperti yang aku paparkan dalam jadual di atas, sejak 18 Mac aku perhati saham Proton dan belian dicadangkan.. setelah sebulan,dari harga RM1.50 telah naik RM2.78 dengan % kenaikan sebanyak 85.30%...

Pada aku, saham proton memang amat bernilai untuk beli, namun bagi aku secara peribadi, dengan 85.30% kenaikan dalam sebulan sudah cukup memuaskan hati... aku yakin ianya akan naik lagi selepas ini, tapi aku mengambil sikap cukup dengan pulangan sebanyak itu... kalaupun ianya naik lagi selepas ini, aku tak akan menyesal...

Sementara itu, aku ada juga memerhati saham saham lain seperti SIME .... yang mencadangankan "pembelian" pada 24 Mac dengan harga RM5.85. Kini harga telah meningkat menjadi RM6.45 . Aku sengaja untuk tidak membuat keputusan untuk 'JUAL' saham nih... aku nak tengok prestasinya dalam sebulan dua nih..


No comments: