Tuesday, April 14, 2009

saham: Proton @ 11:46am 14 apr 09


Harga terkini mencapai RM2.37 selepas kenaikan RM0.25 semalam.
Kalau korang tengok volume jual beli... aku jangkakan jumlah jual beli yang tinggi datangnya dari institusi kewangan dan pelabur luar yang mula kembali kepasaran BSKL..
kalau ikut aku lee... kalau tak beli apa apa saham lagi... aku dok diam jek... malas nak kejar harga dah tinggi... mula lee nyesal tak masuk dulu.. masa tu takut nak masuk... takut jatuh lagi... bila market dah naik baru nak beli... harga dah mahal...
Kalau kita semak balik harga belian yang disyorkan dulu (RM1.50).. sekarang dah ada kenaikan sebanyak 58.00% dalam 3 bulan lebih... kemungkinan hari ni indek komposit dalam keadaan positif dan tengok volume pun tak sampai tengahhari nih... bagus gak...
Esok, seperti semua orang maklum... pelancaran Exora... bertambah naik lee saham bila orang ramai yang mula lihat, pegang dan yakin dengan keluaran terbaru nih...
Bulan Julai mula jual di Indon, bulan Dec lak di Thai... Mitsubishi telahpun tandatangan perjanjian untuk dapat hak jualan dan pengedaran Exora ke negara yang tak de proton masuk... pakai logo Mitshubishi... sebagai timbal balik pembelian model Lancer untuk pengantian model Waja oleh Proton.. Orang luar yakin ngan kemampuan syarikat kita... kita masih lagi pandang sebelah mata... saham dah naik 58.00% dalam keadaan gawat nih... kalau labur RM100,000 dah dapat RM58,000 dalam masa 3 bulan lebih... banyak tuh...
PANDANGAN AKU: PEGANG DULU SEHARI DUA NIH

No comments: