Saturday, April 11, 2009

Unit Trust: kejadian pelik tapi benar

Tengahhari semalam semasa nak jemput anak anak balik sekolah.. tiba tiba seorang lelaki menegur...
"Eh! kau ke yang jualkan unit trust aku dulu?" soal dia..
memang aku nih kalau nak mengingat nama... cukup susah... tapi aku cam aku pernah jualkan unit trust company"P" dia pertengahan tahun lepas..
"ya... yang akaun"P" tu ke?".. jawab aku
"aku dah lama cari kau nih.." balas lelaki tuh menambahkan lagi suspend aku... alamak mati lee aku saham dia rugi hari tuh... detik dalam hati aku..
dia sambung lagi."nah ambik duit nih.." katanya sambil mengeluarkan dua keping not RM50 dari dompet dia..
"ehh... duit apa lak nih... tak payah lah..." aku tolak dengan baik dengan seribu persoalan..
"aku nak ucapkan terima kasih kerana jualkan saham aku tuh... beberapa bulan lepas tuh.. aku jual semua unit trust aku dalam company "P" dan "C".., tapi aku rugi RM55,000 lepas jual semua saham tuh.." ujarnya yang berkerja sebagai kontraktor dan bininya amat berjaya dalam MLM... labur beratus ribu ringgit...
"lepas nih aku simpan jek dalam ASB atau Tabung Haji... selamat sikit.." aku terkelu tak dapat memberikan lagi nasihat kat dia... tapi keputusan dia untuk simpan lebihan duit yang ada dalam ASB satu langkah yang baik.. kerana dia melabur untuk jangka masa yang singkat dan duit tu adalah duit pusingan beli barang pembinaan, bukan duit lebihan..
Tapi aku kesian pulak kat dia bila dia jualkan kesemua unit trust dalam company "P" dan "C" selepas tuh dan rugi RM55,000 !!... aku salahkan consultant dia tak beri nasihat yang betul...

Sebenarnya dia berterima kasih atas nasihat aku untuk mengurangkan kerugian dia "cut loss" satu nasihat simpul mati... kalau silap kira... aku dah buat orang bertambah rugi..
Asal cerita nya begini..

Jun 2008, ketika tu indek BSKL 1,230 mata... kitaorang berkenalan ketika minum teh tarik kat kedai mamak... aku borak ngan dia, aku kata dalam kajian aku, kemungkinan besar indek akan terus turun dengan harga minyak masa tuh mencecah USD 140 per barrel...
Mamat tu lak mula invest hujung 2006 dengan company "P".. semua tahu pada penghujung 2007 merupakan tahun dimana pada hujung tahun tersebut, kebanyakan syarikat unit amanah memperoleh kenaikan harga 20 - 30% dalam masa 1 tahun.
Malangnya, ketika di tahun 2007, consultant dia tak pula menasihatkan untuk penjualan perlu dibuat, akibatnya pada Jun 2008 daripada boleh untung 20% dia mengalami kerugian 10%..
Aku suruh dia buat 2 pilihan:
pilihan 1: puratakan kos dengan penambahan unit
pilihan 2: Jual sebahagian dengan sanggup menanggung kerugian sebanyak 10%, daripada terus rugi kalau indek terus jatuh.. duit tu masukkan dalam money market dan bila market nampak lantunan, boleh beli balik dengan harga yang rendah.. (switching)

Dia memilih pilihan 2 sebab dah tak de duit nak tambah dan aku pun bantu menjual saham dia dengan harapan dia akan masukkan duit tu dalam akaun money market... 3 hari lepas tu.. aku cuba hubungi dia... off handphone dan terus tak dapat dihubungi... ahhh.. nombor tel aku kat tangan dia.. aku pujuk dalam hati..

Beberapa bulan lepas tu.. aku dengar dari kenalan dia... dia gunakan duit tu untuk labur dalam saham skim petrolium... bukan beli saham petrolium di BSKL tapi macam satu skim... aku dah tak ingat skim apa..

masa berganti masa.. indek semakin jatuh sampai ke hari ni masih belum cecah mata 1,230... lega gak sebab aku berjaya kurangkan kerugian dia.. Aku kagum ngan dia kerana boleh menerima kerugian yang bagi aku terlalu besar... namun apa boleh buat... dia pun melabur untuk jangka masa singkat...

Kalau leee dia terus ikut nasihat saya...switching ke money market, beli balik dana al aiman (equity(islamic)/growth& income) bertingkat sedikit demi sedikit.. 30% daripada simpanan money market akan bertukar ke dana Al Aiman ketika indek 984 dan pembelian 30% lagi ketika indek turun 784 mata... dan akhirnya 40% pada 627 mata dengan setiap takuk penurunan sebanyak 20% ...
30% penurunan pertama sepatutnya dibeli pada 8 oktober 2008 dengan harga al aiman RM0.4776 masa tuh indek 970 mata...
hari ni harga al aiman RM0.4805...

memang ambik masa untuk dapat keuntungan balik... tapi kalau jual tanpa dilaburkan semula, tak dapat nak nolong....

6 comments:

Yusoff Zaky Omar said...

Bro,
Lebih baik kita halang orang ramai yang ingin melabur tetapi nak ambil pot dengan untung rugi, tinggi rendah pasaran.
Macam berladang juga. Kalau tanam harini sebelum berbuah, kita dah tuai mestilah rugi.
Saham amanah bukan untuk masa singkat tetapi satu semangat untuk kita terus bekerja kerana walaupun pendapatan tak seberapa tetapi apabila datang hari tua aku pasti jadi kaya...syaratnya konsisten melabur sedikit-sedikit tiap-tiap bulan.

roslan said...

Yusoff..
aku setuju ngan ko... 100% client aku sekarang datang dari potongan EPF dan potongan gaji... ada gak yang nak labur cash... tapi ending cerita.. nak labur cuma setahun dua.. bagi aku tak menepati konsep unit trust... aku suruh diaorang masuk FD atau ASB jek kalau takut turun naik... aku mungkin kurang dapat komisen tapi yang penting kepentingan pelabur juga harus diutamakan.. epf bagus dilabur selagi umur belum 55 duit tak boleh keluar.. potongan bulanan serendah RM50 pun tak pe asalkan diaorang tak pedulikan potongan tuh untuk tempoh yang lama...

Yusoff Zaky Omar said...

Pendapatan kita dalam unit trust adalah apabila kita dah kembangkan bisnes melalui group kita.
Bagi aku unit trust adalah satu khidmat masyarakat sebab bagi aku tabungan wajib untuk semua orang.

roslan said...

Tadi aku dapat seorang client baru bangsa cina yang namanya direkomenkan oleh rakannya yang juga berbangsa cina yang baru melabur melalui aku...Mereka ni amat senang memahami konsep unit trust.. tak sampai 5 minit terus setuju... walaupun pada mulanya aku agak ragu (maklumla company aku ASM INVESTMENT, anak syarikat MARA) takut tanggapan mereka untuk Melayu sahaja... Malangnya orang kita masih ternanti nanti, tertunggu tunggu untuk pengeluaran EPF!!! masih tak mahu menabung sedikit setiap bulan walaupun telah pun ditunjukkan jadual kenaikan harga mengikut tempoh masa.. Inilah masalahnya orang kita..

Yusoff Zaky Omar said...

Lan,
Utk activities report date tukar week1day1 dan w2d2 saja. Yang lain auto.
Orait.
Ko pakai sorang saja. Kalau yang lain mahu email kat aku. Aku nak tolong.
Jika ada yang tak berkaitan tak payah key in.
End of the day ko boleh tahu berapa visit, berapa follow up, berapa lama, berapa jauh, berapa ringgit. Investment call maksudnya belum pernah jumpa cuma selidik contact no dan apa-apa utk next call, business call dgn development call sama ja, follow up call hang tau dan satu lagi debt maksudnya apa-apa visit untuk duit.

ROSLAN said...

Terima Kasih Yusoff..
1 jam gak aku belek dari W1D1 sampai W3D5 pas tu buka semua file.. dari contoh yang diberikan.. aku dapat faham..
satu sistem fail yang baik dan boleh dipraktikkan dalam semua jenis berkaitan pemasaran... sesiapa reader yang berminat, sila buka blog YusoffZaky yang aku linkkan disebelah atas kanan blog aku nih...