Thursday, April 9, 2009

SAHAM: Membaca lapuran Saham

Meh kita belajar baca lapuran saham dalam paper Utusan hari nih...

KUALA LUMPUR 8 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini ekoran momentum belian yang kurang menggalakkan dengan pelabur mengambil untung sementara menantikan pengumuman barisan Kabinet yang baru, kata para peniaga.

Kalau korang tak faham bahasa ekonomi nih... meh aku tukar bahasakan dalam bahasa pasar..

KUALA LUMPUR 8 April - Harga saham jatuh sikit hari nih... tak ramai lak orang yang nak beli... ada lak tu... mana yang beli 2/3 hari lepas... ada untung sikit.. diaorang jual hari nih.. tu yang saham jatuh tuh.. ramai nak jual.. nak beli sikit... "kita orang lepak dulu.. tunggu siapa menteri baru... kalau ngam.. kita orang masuk.. kalau tak... kita orang pakat jual ramai ramai".. kata peniaga kat pasar BSKL tuh...tersengih sengih macam kerang busuk... sambil mengutuk ngutuk seseorang dengan kawan kawan dia di satu sudut....

Pada penutup, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) susut 11.97 mata kepada 907.87 selepas dibuka lima mata lebih rendah pada 914.84 pagi ini. IKKL dijangka menguji paras sokongan dan halangan 910 mata esok, kata seorang peniaga.
Maksudnya:
Pagi tadi, bukak je kedai... 5 mata dah jatuh dah.. bila tutup kedai, jatuh 12 mata dari semalam...
esok tengok lee.. kalau indek jatuh bawah 910, jatuh lagi kuttt....

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 352 berbalas 144 sementara 178 kaunter tidak berubah, 571 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 613.012 juta saham bernilai RM945.836 juta daripada 803.731 juta saham bernilai RM1.22 bilion semalam.

Maksudnya:
Saham semalam yang ruginya 352, yang untung ada 144 jek... 178 saham lagi tak naik.. tak turun.. cam tu jek.. dalam masa tu lak ada 571 saham tak orang nak jual,nak beli ishh isshh isshhh... pas tuh ada 36 kaunter kena gantung.. bukan macam gantung ayam nasi ayam tuh... company tuh ada buat hal lee tuh...
Jumlah jual beli saham lak turun sikit.... sebelum nih 946 juta tapi hari nih 613 juta jek... banyak pelabur duk sembang kat kedai kopi... malas nak niaga...

No comments: