Tuesday, April 7, 2009

unit trust: jangka untung 3 tahun... tapi hanya SEBULAN!!


Main unit trust ni untuk pelabur yang ingin bermain dalam turun naik pasaran saham tapi tak punyai masa dan tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi...

pulangan dari unit trust nih stabil.. tidak lee terlampau tinggi atau terlampau rugi...

tapi kalau dibandingkan dengan instrument simpanan seperti Saving Account dan FD... ianya jauh lebih berbaloi...


Selalu diingatkan bahawa bermain unit trust nih untuk jangkamasa sederhana panjang dan panjang... pelaburan hendaklah disimpan sekurang kurangnya 3 tahun untuk kita memperoleh keuntungan...

Namun... keadaan semalam berbeza...

Aku sebelum nih selalu tegaskan bahawa harga unit sudah murah... masa untuk beli... ramai gak client aku yang ikut nasihat... lagi ramai gak client aku yang takut nak labur... nak tunggu lagi... apa boleh buat.. aku bagi nasihat jek... keputusan kat tangan korang...

Sekali lagi aku nasihatkan... keluar leee sikit duit EPF korang labur dalam ASM Investment.. Dana Al Aiman... pulangannya bagus.. ada perlindungan TAKAFUL lak percuma!!

Hari ni aku bagi bukti pelaburan dalam unit trust berbaloi... kalau korang tengok slip pembelian client aku tuh... tarikh pembelian 12 mac 09 dengan harga seunit masa tuh RM0.4557... semalam harga seunit meningkat RM0.4774 DENGAN KENAIKAN SEBANYAK 4.76% DALAM MASA SEBULAN!!!!!! atau kalau dikira yield tahunan sebanyak 57.12% wwwoooowww!!!!

Kalau korang sebelum nih rugi melabur dalam unit trust dan korang rasa cuak bermain lagi.. fikir fikirkan..

Untung dan rugi adat melabur.. namun sedikit pengetahuan membezakan untung atau rugi...

cari lee perunding pelaburan yang ada pengetahuan untuk menguruskan dana korang kalau korang tidak mempunyai pengetahuan dengan pergerakan saham... atau korang boleh pula menasihatkan perunding unit amanah korang bila korang ada pengetahuan dan pengalaman...

Dalam kes client aku nih... aku kena tunggu keuntungan mencapai sekurang kurang 10% sebelum aku jual mengikut perjanjian... yang mana kemungkinan besar agak sukar gak dicapai tahun nih... tapi yang penting ini adalah pelaburan jangka panjang yang kurang risiko dan yang pasti client aku telah memperoleh perlindungan TAKAFUL percuma sebanyak RM9655.00 berkuat kuasa 12 mac 10 dengan hanya membuat pelaburan sebanyak RM4,400.00

No comments: